expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 2 June 2012

Kurang tidur tingkatkan kalori


















MEREKA yang tidak dapat tidur sering terfikir untuk makan. - Gambar hiasan


Jika anda kurang tidur, anda mungkin mengambil makanan dengan banyak dan mudah menjadi gemuk.


Kajian oleh sekumpulan penyelidik mendapati masalah kekurangan tidur meningkatkan hormon leptin dan ghrelin sekali gus meningkatkan pemakanan serta memberi kesan kepada tenaga yang dibekalkan ketika melakukan aktiviti.


Virend Somers, penulis utama dan profesor perubatan dan penyakit kardiovaskular di Mayo Clinic, Rochester di Minnesota, AS berkata, leptin dan ghrelin berkait rapat dengan selera makan.


Para penyelidik mendapati, subjek kajian (sekumpulan orang yang diuji) yang kekurangan waktu tidur mengambil 549 kalori tambahan setiap hari. Tanpa perbezaan ketara dari segi penggunaan tenaga dengan kumpulan yang cukup tidur, mereka yang tidak cukup tidur itu ternyata sering berasa ingin makan.


"Masalah kurang tidur semakin banyak berlaku. Sebanyak 28 peratus orang dewasa dilaporkan hanya mendapat enam jam waktu tidur setiap malam sekali gus meningkatkan risiko berat badan bertambah," kata seorang felo kardiologi di Mayo Clinic, Profesor Dr. Andrew D. Calvin.

1 comment:

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com