Pages

Sunday, 26 August 2012

Anda berhak mendapat duit percuma…Mahukah anda??




SIAPA NAK DUIT PERCUMA? MUDAH SAJA..sign-up dapat RM350 / USD100 

Duit masuk percuma tanpa bayaran 

malahan kita akan diberikan modal $100.00 

kita akan dapat komisen setiap yang mendaftar dibawah kita!! .

Hanya perlu CLICK sahaja referral link --http://prelaunchx.com/x/seribupilihan

Tugas mudah dan tak perlu berpenat. . . .

Join kami sekarang di sini FRESH !PELUANG TERBUKA! JANGAN TUNGGU LAMA! program ini free sekarang lepas ((August 27 kena bayar))..

_____________________________________

Jom JOIN sekarang 

(^_^)

Tak payah susah-susah nak keluar duit nak masuk benda nie..

Mereka akan bayar anda 100 usd.

tak percaya? kalau tak cuba mana nak tau betul ke tak benda ni kan? 

so, nak tau betul ke tak, anda daftar je, tak payah bayar sesen pun. pastu ajak la sesape pun join. yg join tu pun tak payah bayar apa2. lepas dia join, anda akan lihat duit masuk.....jangan risau. bukan bisnes mlm. tak payah beli barang atau website.cepat!. takkan nak tunggu 27 ogos, kena bayar baru nak join? sedangkan sekarang ni join masih percuma lagi.


this is it (try it while it’s FREE) CLICK





Saturday, 11 August 2012

Makanan untuk tingkatkan metabolisma dalam badan




Mungkin ada di kalangan anda yang pelik melihat wanita memiliki pinggang dan tubuh badan yang ramping walaupun mereka baru sahaja makan dua pinggan nasi yang kemudiannya makan ais krim pula. Anda yang takut untuk menjamah nasi pun memiliki badan yang masih lagi besar, pelik bukan? 


Terdapat beberapa makanan yang boleh meningkatkan metabolisma dalam diri sekaligus mempercepatkan pembakaran kalori dan mampu megelakkan anda dari gemuk dengan mengambil makanan berlebihan. 




 Teh Hijau


Teh yang boleh diaplikasikan di dalam pelbagai cara untuk menjadikan ianya lebih menarik dan sedap untuk diminum. Khasiat teh hijau membantu menaikkan tahap metabolisma dalam diri dan mampu membakar kalori lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Sekaligus, badan kita akan mencerna makanan yang tidak diperlukan. Selain daripada membantu membakar lemak dengan cepat, teh hijau juga mampu untuk melancarkan urat saraf. 





Limau Gedang


Dipenuhi dengan anti-oksigen dan juga vitamin, limau gedang membantu menaikkan metabolisma dalam diri dan juga mengeluarkan lemak dari sistem lemak di dalam badan. Limau gedang juga membantu anda mengurangkan insulin di dalam badan di mana akan mengurangkan selera lapar anda. Jika anda mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan anda mengambil ubat secara harian, sebaik-baiknya jumpa doktor dahulu sebelum memakan limau gedang kerana kandungan di dalam buah-buahan ini mempunyai bahan yang akan bertindak dengan dadah yang ada di dalam ubat-ubatan.



 
Gandum


Bukan hanya gandum tapi keseluruhan gandum! Gandum memang kaya dengan nutrisi yang diperlukan badan seperti beras perang, oatmeal, roti padat gandum dan pasta membantu sistem badan berjalan dengan lebih baik dan selesa. Yang paling penting, boleh meningkat metabolisma dalam diri dan anda juga mampu kurus . Selain daripada itu juga, gandum membantu perut anda untuk merasa lebih kenyang lebih lama dari kebiasaan. 



 
Bawang putih


Mungkin ada yang tidak gemar dengan memakan bawang putih dek kerana baunya yang kurang menyenangkan. Namun tidak ramai tahu mengenai khasiat tersembunyi yang ada di dalam bawang putih ini dimana khasiat yang membantu anda untuk mengurangkan lemak di dalam badan. Selain daripada meningkat tahap metabolisma di dalam diri, bawang putih juga berperanan sebagai sumber antibiotik iaitu membantu menaikkan tahap ketahanan di dalam diri anda.

10 Apps Ramadan Yang Wajib Anda Muat Turun


Dari Muslim Calculator ke Islamic Lesson of the Day, terokailah kompilasi 10 app Ramadan ini.





 
Solqib 


Aplikasi ini membolehkan anda mengetahui waktu sahur dan berbuka menerusi iPhone atau iPad anda selain mempermudahkan urusan bersolat, mengetahui arah kiblat dan masa solat. Ia tidak memerlukan capaian data 3G untuk berfungsi, bermakna anda hanya perlu lancarkan aplikasi tersebut bagi mengetahui waktu solat dan arah kiblat.




 
Muslim Calculator 


Aplikasi Muslim Calculator yang disediakan Terato Tech iaitu sebuah syarikat tempatan yang bekerjasama dengan kerjasama AdDeen Multimedia. Ia memungkinkan pengguna mengira pembahagian faraid dan zakat sesuai ketika membayar menunaikan Rukun Islam tersebut.




 
Ramadan Daily Dua 


Mungkin ada yang mahukan ibadah termasuk berdoa di bulan Ramadan tetapi tidak mengetahui caranya selain daripada merujuk kepada ustaz atau buku. Cubalah aplikasi ini yang mengandungi doa dan amalan yang disyorkan sepanjang melakukan ibadat puasa termasuk kisah dan hikmah malam Lailatulqadar.




 
Islamic Lesson of the Day


Ia memuatkan ayat al-Quran, hadis dan banyak lagi yang sebenarnya diperoleh secara percuma. Antara ciri-ciri yang dimasukkan dalam aplikasi ini termasuk Athan (Azan, Adhan) yang beroperasi secara automatik mengingatkan anda solat lima waktu dengan membunyikannya secara tepat berasaskan GPS.




 
Muslim Heroes 


Tidak lengkap hidup seorang muslim jika tidak mengetahui tentang individu yang menaikkan serta memperjuangkan agama Islam. Jadi, anda boleh memuat turun aplikasi ini untuk mempelajari mengenai pahlawan terbilang Islam.




 
Halal 


Aplikasi yang mendapat kerjasama Halal Development Corporation (HDC) membolehkan umat islam mencari serta memeriksa lokasi makanan halal ketika mahu berbuka puasa.




 
Quran Majeed Lite 


Aplikasi yang didapati untuk semua platform mudah alih ini bertujuan memudahkan penggunanya bertadarus Al-Quran di mana saja pada bila-bila masa. Ia turut memaparkan makna ayat Quran dan sememangnya sangat sesuai dalam usaha mendapatkan pahala berganda.



 
al-Quraan


App Bagi pengguna Blackberry, anda juga boleh memanfaatkan ibadah bertadarus dengan aplikasi ini.




 
iQuran 


Aplikasi al-Quran digital yang lengkap dan baik untuk platform Android dengan rekaan antaramuka yang menarik.




 
QamarDeen 


Ia aplikasi yang sangat menarik seakan diari seorang muslim dengan memantau aktiviti seharian termasuk makanan, solat dan sebagainya bagi dijadikan panduan.

Rebut lailatulqadar




ALANGKAH cepatnya masa berlalu, ketika seronok melaksanakan ibadah, Ramadan kini di pusingan terakhir.


Sedih rasanya, apakah amalan kita diterima atau tidak. Apa pun, kita masih ada 10 hari terakhir membuat pecutan. 


Marilah kita menghidupkan malam-malam yang menjadi buruan setiap kekasih Allah, moga kita dalam senarai pencari lailatulqadar. Antara amalan menghidupkan 10 hari terakhir Ramadan ialah solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan berzikir kepada Allah. 


Kita digalak mengejutkan ahli keluarga bersama-sama menghidupkan malam itu dengan amal ibadah, jangan biarkan mereka terus lena dibuai mimpi. 


Bagi suami isteri, 10 malam terakhir usah bersama kerana Nabi mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana sibuk dengan beribadah.


Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di akhir Ramadan iaitu dengan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. 


Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin, mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi s.a.w tidak pernah meninggalkannya sejak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”. 


Rasulullah s.a.w memberikan pedoman terbaik kepada umatnya supaya melakukan transformasi dengan mengubah malam yang biasa pada bulan-bulan selain Ramadan dengan menghidupnya dengan gerak ibadah. 




 
Antaranya, solat sunat, membaca al-Quran, beriktikaf terutama di sepertiga malam dan membangunkan ahli keluarga untuk beribadat. 


Dalam beribadah (solat), baginda tidak pernah melupakan keluarganya. 


Perilaku baginda membangunkan ahli keluarganya turut diteladani Khalifah Umar al-Khattab di mana al-Imam Malik dalam Al-Muwatta’ menyebutkan, bahawasanya Umar melakukan solat malam seperti yang dikehendaki Allah, sehingga apabila tiba waktu pertengahan malam, Umar membangunkan keluarganya supaya melakukan solat seraya mengatakan kepada mereka: “solat! solat!”


Berikut perkara-perkara yang patut dilakukan di 10 terakhir Ramadan:




 
1. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian paling baik selain haruman.


Ibnu Abi ‘Asim meriwayatkan dari Aisyah: “Rasulullah jika berada dalam bulan Ramadan, baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. 




 2. Mencari lailatulqadar


Baginda bersabda, maksudnya, “Carilah malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir. (Riwayat al-Bukhari). 


Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Solat berjemaah sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia mengambil menghidupkan seluruh malam itu”. (Riwayat Abu Dawud). 




3. Melewatkan sahur


Daripada Sahl ibn Sa’d berkata: Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah. (Riwayat al-Bukhari). 


Zaid ibnu Thabit berkata: “Kami pernah bersahur bersama Rasulullah kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (Riwayat al-Bukhari). 




4. Melakukan iktikaf


Iktikaf adalah sunnah baginda demi memperoleh kelebihan dan ganjaran lailatulqadar. 


Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) pada malam lailatulqadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatulqadar itu? lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5). 




5. Membanyakkan doa

 
Aisyah diajar Rasulullah s.a.w membaca doa pada malam al-Qadar. 


Doanya berbunyi: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)

Malam penuh rahsia


















PENUH PENGHARAPAN....Allah sentiasa membuka pintu pengampunan buat hamba-Nya supaya mereka bertaubat.


LAILATULQADAR adalah malam yang penuh dengan rahsia. Hanya Allah mengetahui bila ia terjadi. 


Rasulullah s.a.w sangat menggalakkan umatnya mencari peluang beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan. Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Carilah malam lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Ibnu Majah). 


Dalam mengharapkan lailatulqadar, kita sepatutnya membuat persediaan ilmu supaya dapat beramal ibadat dengan ikhlas kerana Allah.


Aisyah bertanya kepada Rasulullah : “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatulqadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: “Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbu al-afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku).” (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah).



















 


IKTIKAF...sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadan terutama pada 10 malam terakhir.


Alangkah bertuah mereka yang dapat ‘bertemu’ malam lailatulqadar kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala yang besar menyamai ibadah beriktikaf selama 1,000 bulan atau 83 tahun bagi orang yang beramal pada malam itu.


Imam Hasan al-Basri, berkata antara tanda malam lailatulqadar ialah suasana malamnya tenang, damai, tenteram, tidak panas dan tidak terlalu dingin. 


Air laut juga kelihatan jernih, anjing tidak banyak menyalak dan matahari terbit pada keesokan paginya dengan sinar putih bersih dan cahaya yang redup.


Dalam Sahih Muslim dinyatakan pada malam lailatulqadar, 70,000 malaikat akan turun dari Sidratul Muntaha ke bumi. 


Malaikat membawa rahmat Allah memasuki rumah serta memberi salam kepada orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing, khinzir, arak dan patung. 


Malaikat akan naik semula ke langit secara serentak dengan sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari menyebabkan suasana di bumi terasa dingin dan tenang.


Bagi yang menyedari tanda itu, mereka hendaklah meningkatkan amalan dan teruskan berdoa sepanjang hari. 


Jangan dilupa, ibadah di bulan Ramadan ini bukan hanya untuk kita lakukan berseorangan. Ajak sekali ahli keluarga dan menunaikan solat sunat tarawih, membaca al-Quran, beristighfar dan berzikir.


Rasulullah menjadikan ahli keluarga sebagai keutamaan, malah berkongsi sesama ahlinya menghidupkan malam terakhir Ramadan. Tidak cukup juga bagi ibu bapa yang melaksanakan ibadah sedangkan anak dibiarkan terus leka dengan keseronokan.


Didikan yang betul pada peringkat awal usia anak menghadapi Ramadan menjadi asas penting bagi mereka beristiqamah dengan fahaman puasa sebenarnya bukan hanya sekadar berlapar dan dahaga saja.


Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Md Saad berkata, lailatulqadar adalah kurniaan istimewa daripada Allah untuk orang terpilih di kalangan umat Nabi Muhammad. 


“Jika ia satu kurniaan, sudah tentu penerimanya perlu mempunyai hubungan baik dengan si Pemberi. Sesuatu yang istimewa tentulah diberi keutamaan kepada ‘penerima’ yang kenal rapat oleh si Pengurnianya.


“Analogi ini menyatakan, jika ingin bertemu dengan lailatulqadar, seseorang perlu merapatkan hubungan dengan Allah yang memberi anugerah di malam itu,” katanya.


Beliau berkata, tiada sumber sahih menjelaskan tanda lailatulqadar sebaliknya Nabi Muhammad memberi panduan supaya mencarinya di 10 malam terakhir Ramadan.


“Ia dorongan supaya kita berusaha keras beramal dalam tempoh itu moga-moga salah satu daripadanya adalah lailatulqadar.


“Hikmah Allah tidak menzahirkan lailatulqadar atau tandanya secara khusus untuk memastikan hamba-Nya beribadat kerana Allah bukannya sempena malam itu saja,” katanya.


Menurutnya, Allah menilai perbuatan hamba-Nya secara holistik dengan memberi ganjaran sejajar dengan apa yang mereka usahakan.


“Meningkatkan ibadah secara bermusim dengan mengharap ganjaran maksimum adalah telahan yang tidak menepati tuntutan Allah,” katanya.


Rahimi berkata, tidak dinafikan jiwa yang kotor menyebabkan seseorang hamba itu jauh daripada Tuhannya. 


“Namun, Allah sentiasa membuka pintu pengampunan buat hamba-Nya supaya sentiasa bertaubat bagi membersih jiwa dengan beribadat.


“Tidak mustahil, malaikat membawa rahmat pada malam lailatulqadar akan mendekati golongan yang menghidupkan malamnya dengan bersungguh-sungguh,” katanya.


Beliau berkata, hamba Allah yang terpilih mendapat lailatulqadar itu terlalu istimewa di sisi Allah. 


“Mereka sentiasa dalam peliharaan-Nya dari melakukan dosa, maksiat serta dijauhkan daripada hasutan iblis dan syaitan. 


“Pemeliharaan itu boleh berlaku dalam pelbagai cara termasuk melalui malaikat ‘hafazah’ yang menjaga kehidupan hamba itu. Namun, mereka bukan maksum, cuma dorongan nafsu ke arah kejahatan itu semakin melemah,” katanya.



Kelebihan Mekah




ALHAMDULILLAH acara ibadat haji dan musim haji telah bermula dengan masuknya Syawal dan para jemaah sibuk dengan persiapan terakhir sebelum berangkat menuju ke rumah Allah. 


Untuk isu kali ini, penulis diamanahkan untuk membincangkan tentang kelebihan Mekah. Bagi memahami isu ini, penulis membincangkan melalui beberapa noktah agar mudah difahami.


* Nama: Kota Mekah mempunyai banyak nama. Ini menandakan lebihnya Kota Mekah terutamanya apabila gelaran yang melambangkan kebaikan dan kehebatan diberikan kepadanya.


Mekah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Mekah kepada Tanah Haram Mekah seluruhnya, kerana Mekah mengurang dan menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Mekah atau kerana Mekah menghapuskan pemerintah yang zalim dan menundukkan kesombongan mereka. 


Seperkara lagi nama kota ini dirakamkan dalam nas al-Quran dan hadis dan sudah pasti ia akan diabadikan di sepanjang zaman kehidupan manusia.




 
* Sejarah: Kota Mekah mempunyai sejarah yang cukup istimewa, antaranya ia merupakan sejarah rumah Allah yang pertama didirikan untuk manusia. Sejarah kehidupan Hajar dan Ismail sebagai manusia yang membuat pembaharuan semula bagi Kota Mekah amatlah unik. Seterusnya catatan kehebatan Mekah berlangsung daripada generasi terdahulu hingga kini.


* Karamah: Penulis maksudkan dengan kemuliaan yang Allah wujudkan pada Kota Mekah, sama ada dinaskan dalam al-Quran dan hadis. Hal ini jelas dengan rakaman firman Allah SWT berkenaan Ashabul Fil. (rujuk al-Fil: 1-5)


* Tawaran pahala. Terlalu banyak tawaran pahalanya dan digandakan berbanding tempat lain. Ini terbukti dengan banyak nas seperti solat di Masjidil Haram di beri ganjaran 100,000 berbanding masjid lain. Begitu juga dengan pahala tawaf, umrah, hatta melihat Kaabah. 


Oleh itu, semestinya jemaah haji tidak melepaskan peluang melakukan ibadat dengan sebaik mungkin dan sebanyak mungkin.


Keistimewaan Mekah



 
* Telaga Zam Zam di mana airnya adalah antara yang terberkat di muka bumi. Mempunyai pelbagai kelebihan dan mengikut niat seseorang yang meminumnya akan diberikan dengan izin Allah. Hal ini dinaskan dalam hadis. Wujudnya tempat-tempat yang ada nilai berbanding dengan yang lain seperti Makam Ibrahim, Hijr Ismail, Hajar Aswad, Multazam dan lain-lain. 




 
* Mekah sebagai Tanah Haram. Dalam sebuah riwayat Muslim, menyebut Rasulullah SAW bersabda: Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Kota Mekah: Sesungguhnya Negeri Mekah ini dijadikan Allah SWT sebagai Tanah Haram ketika Dia menciptakan langit dan bumi. Mekah ialah tanah haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak dibenarkan berperang di Mekah kepada sesiapa pun sebelumku, dan tidak dibenarkan kepadaku kecuali beberapa masa sahaja (pada hari pembukaan Kota Mekah tahun ke 8 Hijrah).


Mekah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak boleh memotong pohon, tidak boleh menangkap binatang pemburuan (yang hidup bebas), tidak boleh mengambil barangan yang tercicir kecuali mereka yang mahu mengumumkannya kepada orang ramai dan tidak boleh mengerat rumput di Mekah. Kata al-Abbas( bapa saudara Rasulullah): "Kecuali Izkhir (sejenis tumbuhan yang harum baunya) untuk dibuat bahan bakar kepada tukang besi dan dibuat atap rumah. Jawab Rasulullah SAW: "Kecuali Izkhir.


* Tidak dimasuki Dajjal. Hal ini berdasarkan hadis dalam Sahih Bukhari Rasulullah SAW bersabda: Semua negeri akan dimasuki oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah, semua jalan masuk dikawal oleh para malaikat yang berbaris-baris, kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak tiga kali. Dan Allah SWT akan mengeluarkan semua orang kafir dan munafik darinya.


* Mendapat keamanan. Ini kerana telah diisytiharkan Allah SWT. Al-Maghari berkata seluruh bangsa Arab sepakat untuk menghormati dan memuliakan Baitullah ini. Sesiapa yang masuk ke dalamnya pasti berasa aman daripada gangguan penganiayaan orang lain, pembunuhan atau pelanggaran kehormatannya, selama mereka berada di dalamnya. Amalan kebiasaan ini telah berjalan sejak zaman jahiliah.


* Melakukan ibadah sunat sepanjang masa. Walaupun ia tidak disepakati oleh para ulama tetapi mengikut mazhab Syafie dan Hambali ia boleh dilakukan solat sunat dan tawaf pada bila-bila masa. Tetapi mengikut mazhab Hanafi dan Malik hukum Mekah sama seperti tempat lain tanpa bezanya ini berdasarkan kepada perbuatan Saidina Umar.




 
* Kaabah. Ia adalah Baitullullah al-Haram dan kiblat umat Islam. Berkenaan dengan kelebihannya tiada syaknya lagi berdasarkan nas al-Quran yang bermaksud: Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah sebagai tempat ibadat yang berada di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.


Penulis suka menyatakan bahawa Allah SWT menjadikan hati-hati manusia merinduinya dan mewajibkan ke atas hamba-hambanya yang mampu agar mengunjunginya dengan dijanjikan pahala yang berganda-ganda, juga memberi amaran daripada melakukan kejahatan ketika berada di dalamnya.


Allah SWT telah menyebutnya dalam al-Quran, Rasulullah SAW seringkali menyebutnya dalam hadis serta para ulama dan ahli sejarah telah banyak menulis mengenai sejarah Mekah yang tua ini. Amin.