GAMBAR butik Yuekou
menunjukkan Xianping memperagakan koleksi fesyen cucu perempuannya di
Guangzhou, selatan China.
GUANGZHOU - Seorang datuk di China menjadi popular sekelip
mata selepas gambar-gambarnya memperagakan pakaian wanita disiar di Internet,
lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Pada mulanya, lelaki berusia 72 tahun itu, Liu Xianping,
bergambar dengan memakai pakaian koleksi butik atas talian Yuekou milik cucu
perempuannya sebagai bahan jenaka.
Namun, selepas cucunya memuat naik gambar-gambar itu di
Internet, mereka tidak menyangka imej tersebut menjadi popular dalam masa
semalaman.
Gambar-gambar itu kemudian menjadi bahan publisiti yang
berjaya, sekali gus meningkatkan jualan koleksi butik Yuekou sebanyak lima kali
ganda.
Butik tersebut beribu pejabat di sini dalam wilayah
Guangdong, selatan China.
Menurut akhbar tempatan, China Newsweek, wanita
berkenaan memberitahu bahawa idea untuk memperagakan fesyen wanita itu datang
daripada datuknya.
"Dia mengambil sehelai pakaian dan mencubanya untuk
memberi tunjuk ajar mengenai suai dan padan," kata cucu perempuan
Xianping.
"Kami anggap aksinya lucu dan terus merakamnya,"
tambah wanita itu. - Agensi
No comments:
Post a Comment