Pages

Sunday, 13 May 2012

10 tips untuk mendapatkan tidur malam yang nyenyak




Ramai orang yang mempunyai masalah untuk tidur. Cuaca dan suhu yang agak panas merupakan salah satu factor penyebab. Ada yang kerap terjaga, ada yang tidur lewat. Dibawah ini terdapat 10 tips bagi anda yang mempunyai masalah tersebut:


1.    Tidur yang berjadual – Jika anda biasa tidur pada pukul 9 malam, pastikan anda tidur pada waktu tersebut untuk malam-malam berikutnya. Ini untuk memberikan tubuh anda “kebiasaan” dam membuatkannya bersedia untuk tidur pada waktu tersebut.


2.    Jangan melakukan senaman pada waktu malam kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih cepat dan anda tidak boleh tidur.


3.    Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum tidur. Anda hanya boleh mengambil makanan ringan sahaja dan seeloknya berhenti makan 2 jam sebelum tidur.


4.    Jauhi alcohol, nikotin dan kafein 5 hingga 6 jam sebelum tidur.


5.    Bagi anda yang bekerja waktu pejabat, biasakan tidur pada waktu malam sahaja. Ambil rehat satu jam maksimum pada waktu siang dan jangan tidur selepas pukul 3 petang.


6.    Pastikan bilik tidur anda mempunyai system pengudaraan yang baik. Jika boleh, biarkan tingkap terbuka sedikit untuk membolehkan udara masuk.


7.    Sebelum tidur, mandi menggunakan air suam, baca buku atau mendengar muzik kegemaran yang bernada lembut.


8.    Cuba sapukan krim pelembap pada bahu, leher dan kaki untuk meredakan tekanan pada siang harinya.


9.    Jangan mengharapkan pada ubat-ubatan atau dadah untuk melegakan insomnia. Pengambilan teh  atau susu suam bersama madu adalah lebih baik.


10.                       Ketika tidur pada malam hari, letakkan kaki pada bantal yang lembut. Ini dapat melegakan keletihan dan mendapatkan tidur yang lena.

2 comments:

  1. nice share.. tapi lecturer pha is cakap, seorang student yg tidur cukup 8 jam sehari bukanlah seorang student yg baik.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. :-)..ada orang boleh tido lama, ada orang boleh tido sekejap je tapi segar..sama jugak ada orang boleh belajar kat tempat bising, ada orang tak boleh nak belajar..tu atas diri masing2 dan kelebihan atas penjagaan kesihatan diri masing2..:)

      Delete