NEW YORK - Bank keempat terbesar di Amerika Syarikat (AS),
Wells Fargo & Cop terpaksa menutup lima cawangannya semalam, selepas menemui
beberapa bungkusan mencurigakan berisi serbuk putih di dalam bangunan bank
berkenaan.
Insiden di bandak New York itu, memaksa anggota polis
melakukan siasatan mengejut dan mendapati salah sebuah bungkusan tersebut
mengandungi serbuk tepung jagung.
Bagaimanapun jurucakap polis memberitahu, dalang lima
daripada enam kes berkenaan masih belum di kenal pasti dan sedang disiasat.
Jurucakap bank, Ancel Martinez berkata, lima cawangan bank
Wells Fargo termasuk di Third Avenue, 47th Street Madison Avenue, 34th Street
Broadway dan 85th Street ditutup bagi memberi laluan kepada siasatan polis.
Minggu lalu, lebih 500 orang mengadakan protes pada mesyuarat
tahunan pemegang saham bank di San Francisco kerana berang terhadap rampasan
harta, pampasan eksekutif dan cukai korporat yang dianggap tidak relevan.
Menurut sebuah laman web maydaynyc.org, demonstrasi berkenaan
dirancang untuk diadakan di bandar New York bagi menentang beberapa syarikat
yang dikatakan menguasai bandar itu.
No comments:
Post a Comment