Pages

Friday, 25 May 2012

Doa orang dizalimi

Doa orang dizalimi




Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud: “Takutlah kepada doa orang yang dizalimi kerana sesungguhnya tiada hijab atau penghalang di antara doa mereka dengan ALLAH SWT.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Hadis berkenaan menerangkan bahawa orang yang dizalimi dianugerahkan ALLAH doa yang mustajab atau akan dimakbulkan oleh ALLAH terhadap yang menzaliminya.


Pembentukan jati diri sebagai insan bertakwa disusuli ALLAH dengan membina satu acuan yang memayungi masyarakat bertakwa. Itulah yang dinamakan dengan payungan keadilan. Mengapa? Insan yang berfikiran rasional, berjiwa kemanusiaan tidak menolak kepentingan keadilan. Apatah lagi insan yang bertakwa maka sudah pasti Islam akan mengajar kepada pengikutnya untuk hidup dalam suasana yang bertunjangkan kepada keadilan.


Manusia yang bertakwa akan sentiasa menjaga tunjang keadilan yang diperintahkan ALLAH.


Jika keadilan dirobekrobek dan hanya menjadi hak eksklusif sesetengah pihak, membuktikan bahawa nilai ketakwaan tidak lagi menjadi rebutan.

No comments:

Post a Comment