Pages

Tuesday, 8 May 2012

Implan mata bantu pesakit buta



Mikrocip empat segi sama ditanam di kawasan retina.


LONDON - Pesakit yang menderita retinitis pigmentosa (penyakit akibat kerosakan retina dan boleh menyebabkan buta) kini boleh melihat kembali dengan ciptaan baru penyelidik di Universiti Oxford.



Mikrocip mata bionik empat segi sama berukuran tiga milimeter mengandungi 1,500 pengesan cahaya yang ditanam di belakang mata itu membolehkan pengguna mengesan garis besar objek dalam masa beberapa hari.



Eksperimen tersebut dijalankan ke atas Chris James, 54, yang berjaya melihat semula dan boleh mengesan halangan di sekitar selepas buta sejak 10 tahun lalu.



“Ia agak mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan objek yang dilihat. Saya berharap tahap penglihatan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.



Profesor bidang oftalmologi dan perunding pakar bedah retina di Hospital Mata Oxford, Robert Maclaren berkata, keputusan kajian mereka menunjukkan ia melepasi jangkaan kerana pesakit mendapat penglihatan penuh mereka.

No comments:

Post a Comment