Pages

Sunday, 27 May 2012

Kajian dan penemuan sains perubatan buah kurma




Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr. Mahmud Nazim AL-Nasimy dalam buku tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat Rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah,menguatkan oragan Rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.


Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.


Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam mambantu mamanaskan badan, mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah,merawat buah pinggang dan mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.


Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.


Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia, dan Algeria.


Kurma mencegah serangan stroke


Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke berkat tingginya kalium yang dikandungnya. Buah-buahan dikenl sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral.


Sudah begitu, kandungan tenaga atau kalorinya oun rendah. Sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan.


Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan tenaga yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara  keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dam pembuluh darah, iaitu kalium.


Fungsi mineral ini menbuat denyut jantung makin teratur. Mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan stroke.
 

Cukup lima butir sehari…!!


Dari penelitian terhadap pola makanan yang dilakukan terhadap 859 orang lelaki dan wanita berusia di atas 50 tahun di California Utara, AS, diketahui perbezaan kecil kepekatan kalium pada pada pola makan dapat meramalkan mereka yang dijangkakan berpeluang meninggal akibat stroke 12 tahun kemudian. Tak ada seorang pun yang sukatan kaliumnya paling tinggi 9 lebih dari 3.500 mg setiap hari) meninggal akibat stroke. Sebaliknya, orang yang secara teratur engonsumsi kalium paling rendah (kurang dari 1.950 mg setiap hari) mempunyai risiko stroke maut jauh lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain.


Di antara mereka yang mengambil kaliumnya paling rendah, harapan meniggal akibat stroke 2.6 kali pada lelaki dan 4.8 kali pada wanita. Makin banyak makanan kaya kalium yang diambil biasanya makin kecil kemungkinan orang menderita stroke. Para penyelidik merumuskan dengan hanya makan satu jenis ekstra makanan kaya kalium ( minimal 400 mg setiap hari) risiko maut  boleh diturunkan sampaikan 40%. Tahap 400 mg kalium itu mudah sekali anda penuhi dengan makan kurma kering sekitar 65 g saja atau setara dengan lima butir kurma. 


Makanan tinggi kalium, menurut Dr. Louis Tobian, Jr., pakar penyakit darah tinggi dari Minnesota University AS, juga dapat membantu menurunkan tekanan darah serta boleh memberi kekuatan tambahan dalam mencegah stroke secara langsung, sebagaimana keadaan tekanan darah seseorang. Untuk membuktikan hal itu, Dr. Tobian melakukan eksperimen pada dua kelompok tikus yang terkena hipertensi. Satu kelompok tikus diberi diet tinggi kalium dan kelompok lain diet kalium normal. Hasilnya amat luar biasa. Di antara kelompok tikus yang mendapat kandungan kalium tinggi, tak satu pun mengalami pendarahan otak. Sementara 40 % pada kelompok tikus yang mendapat kalium normal menderita stroke ringan yang dibuktikan dengan adanya pendarahan otak.


Dari hasil penelitian itu, Dr. Tobian membuat kesimpulan. Pengambilan berlebihan kalium dapat menjaga dinding arteri tetap elastik dan berfungsi normal. Keadaan ini membuat pembuluh darah tidak mudah rosak akibat tekanan darah. Jadi jelas, kurma yang secara tradisional disajikan sebagai salah satu hidangan untuk berbuka puasa di Bulan Ramadhan, bukan makanan pembuka yang biasa.


Diam-diam ia menyimpan senjata keperluan antistroke dan antiserangan jantung. Meskipun demikian, untuk memastikan nampak positif kurma, agaknya masih perlu dibuktikan lebih lanjut melalui penelitian.


Memiliki aktiviti seperti Aspirin/Pill Killer


Selain kalium yang berguna bagi kesihatan jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandungi salicylic. Zat ini, dikenali sebagai bahan aktif  aspirin. Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salicylic bersifat mencegah pembukaan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, Salicylic juga boleh mempengaruhi kelenjar pratate ( kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang pengecutan otot, menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti tindakan seperti aspirin. Kurma kering, katanya sangat tinggi kandungan salicylic atau aspirin semulajadi. Buah ceri,prum dan kismis kering juga kaya dengan kalium kerana ia juga mengandungi salicylic.


Orang yang alah dengan aspirin, kalau memakan makanan yang  mengandungi salicylic, akan bertindakbalas sama dengan orang yang minum aspirin. Kerana itu, pakar kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan menwar-warkan mereka yang alah  terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandungi salicylic termasuk kurma.


Di pihak lain, para pakar tergugat rasa ingin tahu terhadap perkembangan bahawa salicylic pada makanan boleh memberikan prestasi yang sama dengan minuman aspirin. Memang ada kajian yang membuktikan aspirin regular dose rendah ( kurang atau separuh dose yang biasa diminum per hari) boleh membantu mencegah serangan jantung atau stroke.


Berdasarkan kajian itu, para pakar mengharapkan dose rendah salicylic dalam makanan yang diambil boleh juga meredakan sakit kepala.

No comments:

Post a Comment