Pages

Tuesday, 8 May 2012

Kelantan fokus Piala FA - Bojan Hodak




KOTA BHARU — Kelantan tidak akan memberi tekanan kepada pemain menjelang perlawanan terakhir kumpulan H Piala AFC menentang Ayeyawady United dari Myanmar di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam ini kerana menumpu perhatian kepada perlawanan akhir Piala FA.


Ketua jurulatihnya, Bojan Hodak berkata, ini adalah bagi memastikan pemain tidak berada dalam tekanan menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby pada 19 Mei ini.


“Bagaimanapun, kami tetap berusaha memenangi perlawanan esok,” katanya pada sidang media praperlawanan Piala AFC di sini, semalam.


Hodak berkata, beberapa pemainnya cedera dan terlalu letih selepas mengharungi banyak perlawanan dalam saingan Liga Super. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment