Pages

Monday, 28 May 2012

Penawar gigitan binatang berbisa




Penawar gigitan lipan:


Cari lipan yang mengigit itu. Kemudian dibunuh dan dibakar. Ambil abunya disapu pada tempat yang terkena gigitan itu.


Lada putih ubati bisa gigitan lipan


Ambil beberapa biji lada putih kemudian tumbuk halus dan campurkan sedikit minyak masak, gaul sebati dan sapukan pada bekas gigitan lipan Insya-Allah bisa gigitan lipan akan berkurangan.



Penawar jika dipatuk ular


Ramuannya:

Bawang putih dan madu lebah.
 
Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.



Penawar racun dan sengatan binatang berbisa


Ramuannya:

Madu lebah dan minyak sapi atau kambing.

Gaulkan sehingga sebati, kemudian diminum.



Penawar gigitan anjing gila


Ramuannya:

Daging siput dan madu lebah.

Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.

Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.



Penawar sengatan tebuan


Sapu kapur sireh dan juga minyak kayu kapur.
Bengkak surut cuma rasa gatal saja semasa proses penyembuhan. 


Nota: Kalau ada kemudahan simpan lah minyak kayu kapur dan kapur sireh dirumah untuk kegunaan gigitan serangga yang tidak serius.

4 comments:

  1. Info yang sangat bermanfaat untuk di ketahui sekiranya berlaku kejadian yang tidak diduga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini adalah sebagai penawar untuk melambatkan aliran bisa mengalir ke dalam badan sebelum seseorang mendapat rawatan dari pakar klinik atau hospital....

      Delete
  2. Replies
    1. kena ambik tahu..kalau apa2 terjadi boleh selamatkan keadaan sebelum mendapat rawatan di klinik atau hospital....

      Delete