Rambut yang lebat dan panjang
sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang
boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga
pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk,
sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian
kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa.
Amalkan sekurang-kurangnya seminggu.
Jika rambut anda selalu gugur serta
nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar
sehingga berwarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan
dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada
rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali
seminggu. Insya-Allah anda akan Nampak perubahannya.
Rambut mudah beruban jika tidak
dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu, ada petua yang boleh
diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa,
lendir dari lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan
tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah
dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali
seminggu.
Anda pasti gembira sekiranya rambut
anda selembut sutera serta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya
anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda
dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga
bersih. Lap rambut anda sehingga hamper kering. Kemudian, ambil sedikitm minyak
bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda
berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting,
seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat ( ini untuk
mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).
No comments:
Post a Comment