Pages

Friday, 11 May 2012

Puteri santubung puteri sejinjang




Menurut cerita orang-orang tua, puteri santubung dan puteri senjinjang merupakan dua orang puteri yang turun dari kayangan.puteri santubung suka menenun kain manakala puteri sejinjang pula menjaga kawasan pertanian. Mereka berjanji tidak akan bergaduh. Malangnya pada suatu hari, puteri santubung berasa amat cemburu akan puteri sejinjang yang mencintai putera Serapi kekasih puteri santubung. Sifat cemburu itu menyebabkan mereka bergaduh. Pergaduhan itu berakhir dengan kedua-dua orang puteri itu disumpah menjadi gunung. Sumpahan ini berlaku kerana mereka telah melanggar janji. Orang Sarawak menceritakan kisah kedua-dua orang puteri itu dalam lagu “puteri santubung puteri sejinjang”:-


Puteri santubung puteri sejinjang
Penjaga gunung negeri Sarawak
Manis tiada dapat dilawan
Anaklah dewa dari kayangan

Suatu hari mereka kelahi
Sebab cemburu di dalam hati
Terlupa pada segala janji
Rela bertarung sehingga mati

Kisah santubung kisah sejinjang
Asal berkawan jadi musuhan
Kini tinggal jadi kenangan
Untuk ingatan sepanjang zaman

Ooo……santubung puteri
Bertenun kain…..malam
Ooo…..sejinjang puteri
Menumbuk padi…..siang


No comments:

Post a Comment