Pages

Thursday, 31 May 2012

Tekanan darah selalu tinggi




Tekanan darah selalunya boleh timbul kerana ada penyakit lemah jantung, sakit buah pinggang dan mungkin juga baru hamil. Orang-orang yang terlalu gemuk melebihi dari had normal boleh mengalami penyakit darah tinggi.


Gejala penyakit,sentiasa sakit kepala, sukar tidur, cepat lupa, sukar memusatkan fikiran dan mudah marah.


Beberapa cara pengubatannya:


  • Sediakan bawang putih tiga ulas, buang kulitnya, bersihkan. Setelah itu, dihiris-hiris,rendam dengan air mendidih sebanyak setengah cawan. Biarkan beberapa lama sehingga menjadi suam kuku. Air ini boleh diminum pagi dan petang. Isinya juga boleh dimakan.


  • Sediakan sebiji mentimun, dibuang kulitnya,dikisar hingga halus. Kemudian ditapis dan diminum airnya. Lakukan setiap pagi dan petang.


 
  • Kurangkan minum kopi dan koko, mendapat tidur yang cukup, hindarkan dari kemarahan,kurangkan makan, makanan yang bergaram, berlemak dan tinggi kolesterolnya. Lebih baik banyakkan makan buah belimbing.

No comments:

Post a Comment