Pages

Tuesday, 26 June 2012

3 kumpulan anemia yang perlu diketahui



 
Anemia adalah keadaan yang terbentuk apabila darah kurang sel-sel darah merah yang sihat. Sel-sel ini adalah pembawa oksigen utama kepada organ-organ. Jika sel-sel darah merah juga turut kurang dalam hemoglobin, bermakna tubuh juga tidak mendapat oksigen sepenuhnya.




 
Gejala-gejala anemia seperti kelesuan berlaku kerana organ-organ tidak mendapat  apa yang mereka perlukan untuk berfungsi dengan sebaiknya. Wanita dan mereka yang menghidap penyakit kronik berisiko tinggi untuk mendapat anemia.


Faktor-faktor penting yang perlu diingat adalah:-

1. Beberapa bentuk anemia adalah diwarisi dan kanak-kanak boleh menghidapnya sebaik dilahirkan.




 
2. Wanita hamil lebih mudah untuk mendapat anemia yang dikenali sebagai anemia kekurangan zat besi kerana kehilangan darah daripada haid dan peningkatan permintaan darah semasa kehamilan.


3. Orang tua dan warga emas juga memiliki risiko tinggi untuk mendapat anemia kerana diet atau pemakanan yang kurang baik dan keadaan perubatan lain.


Terdapat banyak jenis anemia. Semuanya berbeza dalam penyebab-penyebab dan rawatan-rawatannya. Anemia kekurangan zat besi adalah jenis yang biasa berlaku. Ia boleh dirawat dengan perubahan dalam pemakanan dan suplemen zat besi.


Beberapa bentuk anemia lain seperti anemia yang terbentuk semasa kehamilan juga di anggap normal. Namun begitu, beberapa jenis anemia juga boleh memberi masalah kesihatan sepanjang hidup.


Penyebab 


Terdapat lebih dari 400 jenis anemia. Ia boleh di bahagikan kepada tiga kumpulan:




 
Anemia yang disebabkan oleh kehilangan darah


Sel-sel darah merah boleh hilang  melalui pendarahan. Ia boleh berlaku secara perlahan-lahan dalam tempoh masa yang panjang. Ia juga boleh hilang tanpa dikesan. Pendarahan kronik ini biasanya di akibatkan daripada keadaan-keadaan berikut:


  • Masalah gastrousus seperti ulser-ulser, buasir, gastritis ( keradangan pada perut ) dan kanser.
 
  • Penggunaan ubat antikeradangan bukan steroid ( NSAIDS ) seperti aspirin atau ibuprofen.
 
  • Haid dan kelahiran bayi oleh wanita, terutamanya jika pendarahan haid itu berlebihan dan jika berlaku kehamilan berganda.
 


 
Anemia yang disebabkan pengurangan atau penghasilan sel darah merah yang tidak betul


Tubuh boleh menghasilkan sel-sel darah merah terlalu banyak atau sel-sel darah yang tidak berfungsi dengan sebaiknya. Anemia boleh berlaku dalam kedua-dua kes ini. Sel-sel darah merah boleh menjadi tidak betul atau berkurangan berikutan dengan sel-sel darah merah yang abnormal atau kekurangan mineral dan vitamin yang  diperlukan oleh sel-sel darah merah untuk berfungsi dengan baik. Masalah-masalah berkaitan dengan penyebab-penyebab anemia ini termasuklah masalah berikut:




 
  •        Anemia sel sabit
  •        Anemia kekurangan zat besi
  •        Kekurangan vitamin
  •        Masalah-masalah sumsum tulang dan sel stem
  •        Masalah-masalah kesihatan lain



 
Anemia yang disebabkan kemusnahan sel-sel darah merah


Apabila sel-sel darah merah mudah pecah dan tidak tahan dengan rutin tekanan sistem peredaran, ia boleh pecah pramatang, menyebabkan anemia hemolysis. Anemia hemolysis boleh hadir ketika lahir atau terbentuk kemudian. Kadangkala penyebabnya tidak diketahui.


Penyebab-penyebab anemia hemolysis termasuklah:

  •    Masalah-masalah diwarisi seperti anemia sel sabit dan thalassemia.
 
  •  Stressor seperti jangkitan, ubat-ubatan, bisa ular atau labah-labah atau makanan-makanan tertentu.
 
  •    Toksin daripada penyakit buah pinggang dan hati peringkat selanjutnya.
 
  •  Serangan tidak sesuai oleh sistem imun  ( dikenali penyakit hemolysis pada bayi baru lahir apabila ia muncul dalam fetus wanita hamil ).
  • Kulit vascular, injap jantung prostetik, tumor, kebakaran teruk, pendedahan kimia, hipertensi (tekanan darah tinggi) teruk dan penyakit pembekuan.
 
  •  Dalam kes yang jarang berlaku, pembesaran limfa boleh menjerat sel-sel darah merah dan memusnahkannya sebelum masa peredaran ia tamat.

1 comment:

  1. what happen if the mother have thalasemmia beta n the father got thalasemmia alpha?

    ReplyDelete