Pages

Friday, 1 June 2012

Jenis-jenis tikus Belanda




Mari kita mengenali spesies-spesies tikus belanda yang kiut-miut nie..Untuk mereka yang suka pelihara binatang ni, disini saya ada kongsikan beberapa baka untuk anda kenali..Anda bolehlah dapatkan baka ini di kedai-kedai haiwan berdekatan anda..Antara spesiesnya:



Texel

Spesies tikus Belanda jenis Texel agak istimewa kerana ia berbulu kerinting. Bulunya berlingkar dan meliputi keseluruhan badannya termasuk bahagian perut.


Rex Breed

Baka tikus Belanda Rex Breed mempunyai bulu yang pendek di seluruh badannya. Beza baka ini boleh dilihat dari segi saiz yang lebih besar dan ketebalan saiz kuku di bahagian kaki belakang lebih tebal.


Silkie dan Sheltie

Silkie atau Sheltie merupakan baka tikus Belanda yang dikenali sebagai Angora. Spesies ini juga berbulu panjang tetapi berbulu pendek dibahagian kepalanya. Dikatakan bulunya lebih lembut dan berkilat jika dibandingkan dengan spesies Peruvian.


American atau English Short Hair
 
Tikus Belanda jenis American juga dikenali sebagai English Cavy. Ia bersaiz kecil, berbulu pendek dan boleh didapati dalam pelbagai jenis warna. Spesies ini merupakan antara jenis baka yang paling mudah ditemui dalam pasaran.


Peruvian

Baka tikus Belanda jenis Peruvian mempunyai bulu yang panjang dari bahagian kepala hingga ke badan. Bulu tersebut boleh memanjang sehingga 50 sentimeter. Oleh kerana saiz bulunya yang panjang, pemilik haiwan baka ini adakalanya berhadapan dengan masalah membezakan bahagian depan dan belakang badan tikus tersebut kerana bulunya menutupi bahagian kepalanya.


Coronet

Tikus Belanda jenis Coronet agak istimewa kerana ia mempunyai belahan rambut di bahagian kepala seolah-olah berjambul panjang. Warnanya juga agak unik kerana ada di antaranya memiliki sehingga empat warna pada tubuh tikus Belanda jenis ini.


Hairless Breeds

Spesies tikus Belanda jenis ini boleh dikatakan agak gondol dan kulitnya berkedut-kedut. Baka jenis ini hanya boleh dibela dalam keadaan cuaca panas dan ia memerlukan jagaan yang istimewa.

No comments:

Post a Comment