Boleh berlaku
dengan pantas
Kegagalan hati akut berlaku apabila hati degan pantasnya
hilang kebolehan untuk berfungsi. Kegagalan hati terbentuk secara perlahan
seiring dalam beberapa tahun. Tetapi dalam kes kegagalan hati akut, ia terbentuk
dalam bebrapa hari sahaja.
Kegagalan hati akut boleh menyebabkan banyak komplikasi
termasuklah pendarahan berlebihan dan penigkatan tekanan dala otak. Ia adalah
kecemasan perubatan yang memerlukan rawatan.
Bebrapa penyebab penyakit ini boleh diterbalikkan. Tetapi
dalam situasi lain, pemindahan atau transplan hati mungkin satu-satunya peluang
untuk menyembuhkan kegagalan hati akut.
Gejala-gejala
Tanda-tanda dan gejala-gejala kegagalan hati akut
termasuklah:
- Kulit dan biji mata menjadi kekuningan ( jaundice )
- Sakit pada bahagian atas kawasan perut
- Loya
- Muntah-muntah
- Rasa tidak sihat
- Kesukaran untuk memberi perhatian
- Keliru
- Rasa mengantuk
Bila perlu
bertemu doktor
Kegagalan hati akut boleh terbentuk degan cepat dan
membahayakan. Jika anda dengan tiba-tiba mendapati kulit atau mata menjadi
kekuningan, rasa sakit pada bahagian atas perut atau sebarang perubahan dalam
mental, personaliti atau tabiat, segeralah bertemu dengan doktor untuk
mendapatkan rawatan sepatutnya.
Penyebab
Kegagalan hati akut berlaku apabila sel-sel hati mengalami
kerosakkan dan tidak berupaya untuk berfungsi. Penyebab kegagalan hati akut
termasuklah:
- Pengambilan acetaminophen berlebihan daripada yang dinasihatkan oleh doktor terutamanya kepada pesakit yang mengalami penyakit hati kronik.
- Ubatan yang dipreskripsi termasuklah antibiotik, ubat antikeradangan bukan steroid, dan antisawan boleh menyebabkan kegagalan hati akut.
- Hepatitis A, Hepatitis B dan Hepatitis E boleh menyebabkan kegagalan hati akut. Virus-virus lain yang boleh menyebabkan kegagalan hati akut termasuklah virus Epstein-Barr, cytomegalovirus dan virus herpes simplex.
- Ubatan herba tertentu
- Toksin
- Kegagalan hati boleh disebabkan oleh hepatitis autoimun – satu penyakit yang menyebabkan sistem imun menyerang sel-sel hati, sekaligus menyebabkan keradangan dan kecederaan.
- Penyakit vascular seperti sindrom Budd-Chiari boleh menyebabkan sekatan terbentuk dalam vena hati dan membawa kepada kegagalan hati akut.
- Kanser yang bermula dari hati atau kanser yang merebak pada hati dari kawasan lain dalam tubuh boleh menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.
Komplikasi
Cecair
berlebihan dalam otak
(
cereberal edema )
Cecair berlebihan boleh menyebabkan tekanan terbentuk dalam
otak. Ia boleh meletakkan tisu otak keluar daripada ruang biasanya. Cereberal
edema juga boleh mengurangkan oksigen dalam otak.
Penyakit
pendarahan
Hati yang semakin rosak tidak berupaya untuk menghasilakn jumlah
faktor-faktor pembeku secukupnya. Pendarahan daripada ulser dalam saluran
gastrousus atau lokasi lain amat sukar untuk dikawal kerana darah tidak membeku
dengan cepat.
Jangkitan
Pesakit kegagalan hati akut berisiko tinggi mendapat pelbagai
jangkitan, terutamanya dalam darah, saluran pernafasan dan urinary.
Kegagalan
buah pinggang
Kegagalan buah pinggang seruing berlaku berikutan dengan
kegagalan hati. Ini biasanya berlaku dalam kes pengambilan acetaminophen
berlebihan yang merosakkan hati dan buah pinggang.
Ujian dan diagnosis
Ujian-ujian prosedur yang digunakan untuk mendiagnos
kegagalan hati akut termasuklah:
Ujian
darah
Ujian darah dilakukan bagi mengenal pasti sejauh mana fungsi
hati termasuklah ujian masaa prothrombin yang mengukur tempoh masa yang diambil
oleh darah untuk membeku. Jika anda mengalami kegagalan hati akut, darah tidak
akan membeku secepat seperti yang sepatutnya.
Ujian
pengimbasan
Doktor mungkin mencadangkan ujian pemgimbasan seperti
ultrasound untuk menilai hati. Ujian pengimbasan ini boleh menunjukkan
kerosakkan hati dan boleh membantu doktor untuk mengenal pasti penyebab masalah
hati.
Pemeriksaan
tisu hati
Doktor akan mencadangkan prosedur untuk mengambil tisu hati
yang kecil. Ujian tisu hati ini boleh membantu doktor untuk memahami mengapa
hati anda rosak. Bagi mereka yang berisiko mengalami pendarahan semasa biopsi, doktor
melakukan biopsi hati transjugular. Untuk melakukan ujian ini, satu insisi
kecil dilakukan pada bahagian kanan leher dan tiub halus dimasukkan ke dalam
vena besar leher, ke jantung dan terus ke dalam vena yang keluar dari hati.
Doktor anda kemudiannya akan memasukkan jarum melalui tiub dan mengambil sampel
tisu
Rawatan dan ubatan
Dalam kebanyakkan kes, rawatan yang dilakukan melibatkan
pengawalan komplikasi dan memberi masa kepada hati untuk sembuh.
Rawatan-rawatan untuk kegagalan hati akut termasuklah:
Ubatan
untuk membalikkan semula keracunan
Kegagalan hati akut disebabkan oleh pengambilan acetaminophen
berlebihan atau keracunan cendawan dirawat dengan ubat yang boleh membalikkan
semula kesan racun.
Pemindahan
hati
Dalam kebanyakkan kes, kegagalan hati akut tidak boleh
dibalikkan. Dalam situasi sebegini, satu-satunya rawatan adalah pemindahan
hati. Semasa pembedahan, pakar bedah akan mengeluarkan hati yang rosak dan
kemudian menukarkannya dengan hati yang sihat daripada penderma.
Pencegahan
- Ikut arahan dalam pengambilan ubat
- Beritahu doktor semua ubat yang diambil kerana sesetengah ubat-ubatan seperti herba boleh mengganggu ubat yang diberikan oleh doktor
- Hadkan pengambilan alcohol
- Elak melakukan tabiat berisiko seperti penggunaan dadah, berkongsi jarum untuk suntikan dan menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seksual.
- Dapatkan vaksinasi jika anda berisiko tinggi mendapat hepatitis
- Elakkan diri untuk menyentuh darah dan cecair tubuh orang lain. Ini adalah kerana virus hepatitis boleh merebak melalui jarum secara tidak sengaja atau darah dan cecair tubuh yang tidak dibersihkan dengan sempurna.
- Jangan memakan cendawan liar yang beracun
- Berhati-hati dengan penggunaan penyembur aerosol. Apabila anda menggunakan pembersih aerosol, pastikan memakai topeng atau bilik itu mempunyai cukup pengudaraan.
- Pilih amalan pemakanan yang sihatkekalkan berat yang sihat. Obesiti boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil penyakit hati berlemak bukan alkoholik. Ini termasuklah hati berlemak, hepatitis dan sirosis.
Dulu akak iha pernah kena mcm ni.. tapi sekejap je masa sekolah dulu..
ReplyDeletesyukur sebab sekejap je kena...
DeleteSalam . Kalau orang umur 60an boleh ke buat transplan tu? Ade ke ape ape high risks utk umur yg mcm tuu?
ReplyDeleteSalam . Kalau orang umur 60an boleh ke buat transplan tu? Ade ke ape ape high risks utk umur yg mcm tuu?
ReplyDelete