PENYAKIT ini
sering dianggap memalukan, apatah lagi jika dialami wanita. Bayangkan,
sanggupkah anda membuat pendedahan atau bercerita secara terbuka mengenai
pengalaman berdepan buasir. Kalau boleh, rahsia itu dikunci rapat dan tiada
siapa perlu tahu kerana ia berlaku di bahagian sulit.
Hakikatnya,
ia penyakit yang tidak boleh dibiarkan berlarutan tanpa usaha merawat. Sesiapa
pun boleh terdedah kepada buasir atau hemorroids.
Penyakit ini
terjadi apabila urat di bahagian rektum (bahagian akhir usus besar) dan dubur
membengkak. Salur darah lembut dan otot di sekitar dubur membantu mengawal
laluan najis.
Apabila urat di bahagian itu membengkak, berlaku pendarahan rektum, sakit dan perit ketika buang air besar.
Tekanan yang terlalu tinggi dalam darah di bahagian rektum boleh menyebabkan dinding dubur tertonjol keluar, terutama ketika meneran. Bagaimanapun, buasir tiada kaitan dengan kanser dan bukan penyebab penyakit itu.
Perunding Bedah Am Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur, Dr Chan Kin Yoong, berkata disebabkan kes buasir dialami pesakit jarang yang serius, ramai mengambil sikap berdiam diri hingga menyebabkan ia semakin melarat.
Akibatnya,
pesakit lebih menderita apabila buasir tidak dirawat bertambah teruk.
Menurutnya, antara sebab utama buasir ialah meneran ketika buang air besar dan sembelit. Masalah ini juga sering dialami wanita hamil disebabkan tekanan yang berlaku di abdomen.
Ramai
wanita hamil menderita buasir kerana pembesaran rahim secara beransur-ansur meningkatkan
tekanan pada beberapa organ dan abdomen.
Tekanan tinggi pada perut yang meningkatkan kes buasir turut berpunca daripada obesiti, duduk terlalu lama ketika bekerja (misalnya yang bekerja di pejabat dan pemandu bas atau teksi) atau individu yang mengalami sembelit atau cirit-birit kronik.
“Gejala buasir ialah usus terbonjol atau terkeluar dari dubur, pendarahan rektum, sakit di dubur dan kerengsaan dubur. Buasir dalaman lazimnya tidak menyebabkan sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum,” katanya.
Beliau berkata, buasir jenis ini tidak berbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis ketika buang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah.
Pesakit boleh nampak titisan darah berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku, pesakit perlu mendapat bantuan perubatan kerana dikhuatiri darah terbabit datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser usus besar.
“Buasir
luaran yang terjojol keluar dari dubur sering menyebabkan gejala seperti sakit,
pedih dan gatal di dubur. Jika buasir tersepit, pembekuan darah akan berlaku di
dalamnya, menyebabkan ia terasa sakit. Gejala berkenaan menyebabkan buasir
jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.
“Buasir jenis ini sukar dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya dan akan berulang walaupun dengan tekanan atau bebanan lebih ringan berbanding yang berlaku sebelumnya,” katanya.
Dr Chan berkata, menghindarkan perkara yang menjadi pencetus boleh mencegah seseorang itu mendapat buasir.
“Jika pekerjaan dilakukan memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan- jalan sekurang-kurangnya lima minit setiap jam.
Bergerak-gerak
di kerusi supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
Hembus nafas keluar apabila anda mengalami ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu, jangan menahan nafas,” katanya.
Dr Chan berkata, dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berlarutan. Di samping itu, elakkan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas sebagai amalan kerana ia membuatkan anda duduk lama di tandas.
Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih tiga hingga lima minit, ada sesuatu yang tidak kena. Untuk menghindari buasir, amalkan tabiat buang air besar yang baik dan pastikan najis anda sentiasa lembut.
Rawatan
Langkah pertama ialah menghentikan gejala atau simptom iaitu sakit, pedih dan gatal, manakala berikutnya ialah mengecutkan buasir.
Pengidap
buasir perlu mengamalkan diet berserat tinggi dengan pengambilan sayuran dan
buahan dan banyakkan minum air kosong anggaran dua liter sehari.
Pengambilan makanan berserat tinggi, makanan tambahan dan mempunyai kandungan cecair tinggi dapat mengatasi 90 peratus kes buasir.
Gejala
sakit dan kerengsaan boleh dilegakan dengan penggunaan sapuan krim tertentu. Ia
disediakan dengan kombinasi beberapa ubat tahan sakit dan agen antikerengsaan
serta steroid.
Mandian air panas dengan memasukkan satu atau dua sudu air garam boleh melegakan kesakitan dan bengkak pada dubur.
Buasir
yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif, dirawat dengan
mengikatnya dengan lingkaran getah (rubber band ligation).
Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan
menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. Dalam masa tujuh hingga 10 hari,
buasir itu akan tertanggal keluar.
Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman dan ia
dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Namun,
pesakit mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.
Koagulasi
Inframerah iaitu sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk
menghentikan bekalan darah ke buasir. Pesakit mungkin terasa bahang panas
ketika prosedur ini dilakukan dan berlaku sedikit pendarahan dalam beberapa
hari selepas itu.
Prosedur ini sama seperti ikatan lingkaran getah, dan dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Namun ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.
Prosedur ini sama seperti ikatan lingkaran getah, dan dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Namun ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.
Elektrokoagulasi
bipolar yang juga dikenali dengan nama Bicap adalah sama seperti prosedur
Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan sama.
Terapi laser akan mengewapkan tisu buasir. Bagaimanapun, prosedur ini lebih mahal dan tidak menunjukkan kelebihan daripada prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati daripada segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelak pendarahan dan kesakitan pesakit.
Dr Chan berkata, lebih 90 peratus pesakit yang mengadu mengenai gejala buasir tidak memerlukan pembedahan. Pembedahan biasanya langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir (dalaman dan luaran) menjadi semakin teruk manakala rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya.
Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di hospital sehari dua dan mengambil masa lama untuk sembuh berbanding pendekatan lain.
Terapi laser akan mengewapkan tisu buasir. Bagaimanapun, prosedur ini lebih mahal dan tidak menunjukkan kelebihan daripada prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati daripada segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelak pendarahan dan kesakitan pesakit.
Dr Chan berkata, lebih 90 peratus pesakit yang mengadu mengenai gejala buasir tidak memerlukan pembedahan. Pembedahan biasanya langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir (dalaman dan luaran) menjadi semakin teruk manakala rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya.
Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di hospital sehari dua dan mengambil masa lama untuk sembuh berbanding pendekatan lain.
Punca
buasir:
- Duduk untuk jangka masa lama.
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit.
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama.
- Batuk yang teruk.
- Bersalin.
- Mengangkat berat.
- Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
Tahap
buasir:
- Pendarahan.
- Dinding dubur terkeluar dan masuk kembali dengan sendirinya.
- Dinding dubur terkeluar dan pesakit perlu menolaknya ke dalam untuk memasukkannya semula ke dalam dubur.
- Dinding dubur terjulur keluar dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam dubur.
Pengurusan
sendiri
- Banyak minum air, sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.
- Makan makanan seimbang. Banyakkan memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Gunakan tandas pada masa ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
- Elak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
- Apabila wujud gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur), segera berjumpa doktor.
untuk set rawatan paling mujarab layari http://herbaramuantaufiq.blogspot.com/
ReplyDeleteLawati Fb tumbuhan herba mujarab penawar buasir.
ReplyDeleteLawati Fb tumbuhan herba mujarab penawar buasir.
ReplyDeleteSevendays Penawar Buasir
ReplyDeletewww.facebook.com/sphi.herb
Herba ubat buasir mujarab, rating dan komen paling tinggi di shopee, klik bit.ly/nasihatbuasir03
ReplyDeleteNota kaki]
[ Diskaun sehingga 50% jika dapatkan di laman web www.sphi-online.com.my