Pages

Sunday, 1 July 2012

Ayat-Ayat Cinta




Ayat-ayat cinta 1


Cinta amat mahal taksirannya..,
itulah yang difitrahkan oleh ALLAH S.W.T kepada hambanya..,
cinta hanya tertulis pada perkataan..,
tapi gagal dilihat pada zahirnya..,
kerana cinta itu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran didalamnya.....

ingat pada yang satu.., 
jujur pada yang kasih.., 
kasih pada yang rindu.., 
rindulah pada yang menyayangimu.....

cinta takkan datang kalau tak dicari.., 
cinta juga tak kan dapat kalau tiada siapa yang memberi..,
tapi mencari biarlah pada yang sudi..,
bukan meminta pada yang simpati.....


Ayat-ayat cinta 2


Dalam hidup kita.., ALLAH S.W.T akan bagi satu saja peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul menyayangi diri kita..Sekiranya kita leka.., kita akan kehilangannya buat selamanya..Tapi kita tak pernah sedar dan tak pernah mencuba untuk menilai kehadirannya..Mungkin setelah segalanya berlalu dan kita dah kehilangannya.., masa tu baru lah kita mula sedar kehadirannya cukup bermakna..Tapi mungkin kita tak berpeluang lagi untuk memiliki dirinya pada saat itu.....


Ayat-ayat cinta  3


Apabila engkau ingin berteman..,
Janganlah pandang pada kelebihannya..,
kerana mungkin dengan satu kekurangan..,
engkau akan menjauhinya.....


Andai engkau ingin berteman..,
Janganlah pula di nilai kebaikannya..,
kerana mungkin dengan satu kelemahan..,
engkau akan membencinya.....


Andai engkau inginkan teman..,
Janganlah di uji akan ilmunya..,
kerana apabila dia buntu.., 
engkau akan menyisihnya.....


Andai engkau ingin berteman..,
Terimalah dia seadanya..,
kerana dia hanya seorang teman yang hanya manusia biasa.., 
Seperti dirimu jua.....


p/s : Jalinlah hubungan cinta kerana ALLAH.., Disitu adanya kesetiaan dan kejujuran yang sebenar-benarnya.., Bahagia kan selama-lamanya menjadi milikmu.., Moga hidupmu sentiasa diberkati-NYA.....



No comments:

Post a Comment