Pages

Thursday, 26 July 2012

Azan mesti sedap















Pegawai masjid Istiqlal di Jakarta menggunakan mikrofon untuk membuat pengumuman. - Foto REUTERS 


Jakarta: Semakin banyak masjid di Indonesia menggunakan pembesar suara berkualiti tinggi dalam usaha untuk memastikan laungan azan yang lebih baik dalam usaha menarik lebih ramai penduduk menunaikan solat berjemaah sepanjang Ramadan selain mengelakkan kemarahan masyarakat bukan Islam.


Negara penduduk Islam paling ramai di dunia itu mempunyai kira-kira 800,000 masjid. Ada masjid yang menggunakan pembesar suara tidak berkualiti yang akhirnya menghasilkan bunyi kurang enak didengar. 


Tak berkualiti 


Ada tokoh Islam termasuk Naib Presiden yang berpendapat penggunaan banyak pembesar suara tidak semestinya memberi kesan baik.


Satu daripada aduan merujuk kepada kewujudan dua atau tiga masjid di sesebuah kawasan kejiranan dan mereka terbabit dalam perang pembesar suara apabila cuba untuk menghasilkan bunyi lebih kuat daripada masjid lain, kata ketua Majlis Ulama Indonesia, Amidhan.


Berikutan itu, ada pentadbir masjid cuba mendapatkan pembesar suara yang memberi kesan bunyi sedap didengar. Menyedari keadaan ini, syarikat tempatan V8sound cuba mendapatkan tempat di pasaran dengan menawarkan pembesar suara diberi nama Al Karim.


Tujuan pembesar suara seperti ini supaya masjid di Indonesia ini boleh mendapat standard bunyi jazz seperti di lounge tempat hiburan, kata pengasas syarikat itu yang juga penasihat audio Istana Presiden, Harry Kisswoto. 


Belanja tinggi
 

Lebih banyak masjid katanya, sanggup membayar 25 juta rupiah (RM8,400) iaitu harga satu unit Al Karim, lebih dua kali ganda daripada harga untuk sistem bunyi yang biasa digunakan.


Rutin menggunakan pembesar suara untuk azan lima kali sehari semakin meningkat sepanjang bulan Ramadan dan ia termasuk pengumuman mengingatkan penduduk mengenai masa solat Subuh.

No comments:

Post a Comment