ARAFAT (dalam bulatan) menaiki
helikopter di Ramallah, Tebing Barat pada 29 Oktober 2004.
ZURICH -
Balu bekas Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Arafat akan mengemukakan
tindakan undang-undang di Perancis berhubung dakwaan bahawa suaminya meninggal
dunia kerana bahan beracun radioaktif polonium, kata peguamnya yang disiarkan
semalam.
"Suha
(balu Arafat) memutuskan untuk mengemukakan tuntutan undang-undang dalam tempoh
sebulan," kata peguam, Marc Bonnant kepada akhbar Le Matin Dimanche.
Menurutnya,
prosiding undang-undang itu akan dibuat di Perancis.
Arafat
meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Paris, Perancis pada November
2004.
Bonnant
berkata, Suha akan mengemukakan dakwaan terhadap beberapa orang kerana meracun
suaminya.
Balu bekas
Presiden Palestin itu sebelum ini menyokong kubur Arafat digali semula.
Institut
Radiasi Fizik di Switzerland yang menganalisis sampel daripada barang-barang
peribadi Arafat mendapati terdapat kuantiti polonium yang luar biasa.
Penemuan itu
dilaporkan dalam satu dokumentari yang disiarkan pada awal bulan ini.
Anak saudara
Arafat, Nasser al-Qidwa pada Khamis lalu menuduh Israel meracun bekas pemimpin
Palestin itu.
Polonium
merupakan bahan beracun yang jarang ditemui di luar pangkalan tentera dan pusat
kajian saintifik.
Bahan itu
digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia, Alexander Litvinenko yang
meninggal dunia pada tahun 2006 sejurus selepas dia meminum teh mengandungi
racun tersebut. - AFP
No comments:
Post a Comment