Aksi pemain Kelantan dan QPR yang
bertemu di Stadium Shah Alam.
KELANTAN tumpas 0-5 kepada pasukan Liga
Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Rangers (QPR) pada perlawanan persahabatan antarabangsa
di Stadium Shah Alam, malam ini.
Pasukan
pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan
deras yang dilakukan oleh Shaun Wright Phillips yang gagal diselamatkan oleh
penjaga gawang The Red Warriors, Mohd Shahrizan Ismail.
Tersentak
dengan jaringan tersebut, Kelantan bangkit mengatur serangan dengan melakukan
asakan ke gawang QPR namun gagal ditembusi apabila dikawal rapi oleh Fabio Da
Silva dan Anton Ferdinand.
Penyerang
berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha melakukan cubaan menerusi sepakan
deras dari luar kotak penalti pada minit ke-21 namun ditepis keluar oleh
penjaga gol QPR, Robert Green, lapor Bernama.
Kelantan
sekali lagi mendapat peluang menerusi sepakan percuma pada minit ke-41, namun
peluang tersebut gagal digunakan sebaik mungkin oleh Indra Putra
Mahayudin apabila sepakan derasnya tersasar.
Pada babak
kedua perlawanan, QPR mengandakan jaringan menerusi Michael Harriman yang pada
mulanya membuat larian solo kemudianya melakukan rembatan kencang menerusi kaki
kiri pada minit ke-52.
QPR menambah
derita Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga menerusi Jamie Mackie pada
minit ke-72 hasil hantaran Max Ehmer.
Bobby Zamora
kemudianya menjaringkan gol keempat pada minit ke-81 diikuti gol kelima oleh
Heidar Helguson pada minit ke-90.
QPR akan
menamatkan prorgram Jelajah Asia mereka dengan menentang Kelab Liga Perdana
Indonesia (IPL) Persebaya Surabaya di Stadium Gelora Bung Tomo di Surabaya,
Indonesia, Isnin ini.
Dalam pada
ittu, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata,
meskipun kalah 0-5, pertemuan malam ini memberi peluang kepada pasukannya
memperbaiki keupayaan dan kedudukan bagi menghadapi perlawanan-perlawanan akan
datang.
KELANTAN: Shahrizan Ismail, S. Subramaniam
(Zairul Fitree Ishak), Obina Nwaneri (Ramzul Zahini), Nik Shahrul Azim, Daudsu
Jamaludin, Mohd Shakir Saari (Rizal Fahmi), Nurul Azwan Roya, Indra Putra
Mahayuddin, Mohd Badhri Mohd Radzi (Emmanuel Okine), Norshahrul Idlan Talaha,
Keita Manjou.
QPR: Robert Green, Anton Ferdinand, Fabio Da Silva (Murphy), Jamie Mackie, Hogan Ephraim, Armand Traore, Adel Taarabt, Clint Hill, Djibril Cisse(Andy Johnson), Shaun Wright-Phillips, Samba Diakite.
No comments:
Post a Comment