SEORANG anggota keluarga Palestin
yang menaiki bas di bandar Gaza menunjukkan isyarat keamanan tangan semasa dia
dalam perjalanan ke sebuah penjara Israel semalam.
GAZA - Pihak
berkuasa Israel membenarkan 40 penduduk Palestin dari Genting Gaza melawat
saudara-mara mereka yang ditahan di beberapa buah penjara Israel semalam, kata
beberapa pegawai.
Mereka
berkata, lawatan itu yang pertama sejak lima tahun lalu dilaksanakan bagi
memenuhi syarat perjanjian untuk menamatkan mogok lapar dalam kalangan banduan
Palestin pada Mei lalu.
"Seramai
40 orang yang terdiri daripada anggota keluarga 24 banduan baru sahaja tiba di
Penjara Ramon," kata seorang jurucakap Perkhidmatan Penjara.
Menurutnya,
lawatan saudara banduan dari Gaza akan diadakan pada setiap minggu.
Israel
melarang lawatan oleh keluarga banduan dari Gaza sejak tahun 2007, beberapa
bulan selepas askar Israel, Koperal Gilad Shalit diculik oleh pejuang-pejuang
Palestin.
Shalit
dibebaskan bersama pertukaran 1,000 banduan Palestin dalam satu persetujuan
yang diusahakan oleh Mesir pada 2011. - Reuters
No comments:
Post a Comment