KAFA
cabar Bunyamin serah kes kepada FAM bukan media
Kota Bharu: Muak dengan 'serangan' ke atas Mohammed Ghaddar, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta pemain Selangor, Bunyamin Omar tampil dengan bukti kukuh mengenai dakwaan provokasi penyerang The Red Warriors ketika perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV , 29 Jun lalu. Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim semalam berkata, jika benar sebagai didakwanya, pemain Bunyamin perlu mengemukakan bukti kukuh kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Kita tidak mahu kes ini diadili media kerana kita mahu menyerahkan sepenuhnya kepada FAM untuk menyiasat kes ini sehingga keputusan dikeluarkan,” katanya.
No comments:
Post a Comment