SEORANG pelanggan, Matt Wehness yang
menaiki bot Wallick menggunakan busur untuk memanah ikan kap.
PEORIA, Illinois - 'Sukan' memanah ikan 'terbang'
diperkenalkan di Sungai Illinois, Amerika Syarikat pada musim panas yang lalu
oleh seorang ahli bomba, Nathan Wallick, lapor agensi berita AFP
semalam.
Dia mengemudi sebuah bot yang mengandungi beberapa pelanggan
yang berminat untuk memanah ikan kap dengan menggunakan busur.
Wallick membuka syarikat Pemburu Cap Peoria bagi memberi
pelanggannya peluang untuk memanah ikan kap.
Ikan itu boleh melompat setinggi tiga meter dan mempunyai
berat sehingga 27 kilogram.
Wallick akan memberi arahan kepada penumpangnya itu masa yang
sesuai untuk memanah ikan tersebut.
Ikan tersebut akan melompat apabila ia mendengar bunyi enjin
bot. - Agensi
No comments:
Post a Comment