LONDON 14
Julai - Seorang kanak-kanak Britain berusia sembilan tahun yang digelar sebagai
'Mini Monet' bakal menjadi jutawan tidak lama lagi selepas 24 hasil lukisannya
dijual dengan harga 250,000 pound (RM1.3 juta) dalam tempoh hanya 15 minit.
Kieron
Williamson, berasal dari Norfolk dekat utara England, memperoleh hasil jualan
lumayan tersebut selepas lukisannya dijual menerusi bidaan yang dibuat melalui
panggilan telefon dan Internet.
Kanak-kanak
itu mula melukis semasa melancong bersama keluarganya ke Devon dan Cornwall
pada 2008 dan sebelum itu dia hanya mewarnakan gambar dinosaur yang dilukis
oleh ibu bapanya.
Namun sejak
itu, dia menjadi pelukis sensasi yang terkenal di seluruh dunia selepas hasil
lukisannya dibeli dengan harga berpuluh-puluh ribu pound.
Kesemua 24
lukisan yang dijual baru-baru ini termasuk dua lukisan landskap yang bernilai
34,950 pound (RM172,041) setiap satu dan lukisan pastel yang hanya memerlukan
masa beberapa minit untuk disiapkan, dijual dengan harga 6,000 pound (RM29,534)
hingga 7,000 pound (RM34,457).
Kali pertama
hasil seni Williamson dijual di pasaran adalah pada 2009. Sebanyak 19
lukisannya yang bernilai 14,000 pound (RM68,914) habis dijual dalam satu acara
lelongan yang diadakan secara tertutup.
Tiga bulan
kemudian, 16 lukisannya dijual dengan nilai keseluruhan 17,000 pound (RM83,682
) dalam tempoh 14 minit semasa kali kedua dia menyertai pameran di Galeri
Picturecraft.
Dia
kemudiannya meraih 106,260 pound (RM523,063) pada November lalu selepas 12
lukisannya dijual dalam tempoh 10 minit 50 saat. - AGENSI
No comments:
Post a Comment