Pages

Sunday, 22 July 2012

Pemain import Kelantan tidak cergas






















Aksi perlawanan persahabatan antara Kelantan dan kelab QPR di Stadium Shah Alam malam tadi.


PEMAIN import Kelantan nyata kurang bersedia menghadapi perlawanan persahabatan menentang Queens Park Rangers (QPR) di Shah Alam malam tadi, sekali gus gagal memberi aksi diharapkan oleh peminat The Red Warriors.
Ini jelas apabila mereka gagal menyumbang sebarang gol.


Perlawanan malam tadi mengulangi nasib Sabah apabila tumpas 0-5 kepada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam.


Meskipun menyifatkan prestasi pemain importnya kurang cergas, pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim tetap berpuas hati dan tidak mahu menyalahkan sesiapa atas kekalahan itu.


“Setakat ini mereka berada dalam keadaan baik. Tiada apa yang perlu dikatakan.


“Cuma, mungkin mereka kekurangan ‘fitness’ dan ini menyebabkan mereka gagal menyerlah pada perlawanan semalam," kata Azman kepada Sinar Harian Online, hari ini.


Azman menegaskan, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana lebih banyak latihan akan diberi untuk menaikkan kecergasan para pemain.


Ketika ditanya sama ada kekalahan semalam merupakan petanda bahawa Kelantan akan mengalami nasib yang sama menjelang perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC),  Azman berkata, tidak perlu menjadikan perlawanan semalam sebagai perbandingan.


“Kita tahu perlawanan menentang QPR adalah perlawanan persahabatan. 


“Ia cuma satu pendedahan kepada pemain dan memberi peluang kepada pasukannya memperbaiki keupayaan dan kedudukan bagi menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang.


“Lagipun, QPR bukanlah taraf kita. Jadi, bagi saya ia tidak perlu dibimbangkan,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment