GAMBAR fail pada 21 Jun lalu
menunjukkan masjid di Murfreesboro, Tennessee.
MURFREESBORO,
Tennessee - Penduduk Islam di negeri Tennessee, Amerika Syarikat (AS) yang
menenangi kes mahkamah untuk menduduki sebuah masjid baharu kelmarin mendapati
mereka tidak dapat beribadat di masjid berkenaan pada permulaan bulan Ramadan.
Ia berikutan
masjid tersebut memerlukan masa dua minggu lagi untuk disiapkan.
Namun,
penduduk Islam meraikan kemenangan mereka selepas dua tahun berdepan satu saman
bagi menghalang pembinaannya.
"Bagi
saya, keputusan kelmarin amat baik dan saya bersyukur kepada Tuhan," kata
pengerusi jawatankuasa masjid berkenaan, Essam Fathy.
"Kami
semua terkejut. Ia satu berita gembira tanpa disangka," tambahnya.
Penduduk
yang menentang pembinaan masjid tersebut menyaman daerah Rutherford pada
September 2010 untuk menghalang pembinaan tempat ibadat itu.
Kumpulan itu
memberi alasan bahawa Islam bukan agama sebenar dan penduduk Islam AS mahu
menumbangkan Perlembagaan AS dan menegakkan undang-undang Islam.
Namun, dalam
satu perbicaraan baru-baru ini, Hakim Daerah AS, Todd Campbell mendapati
tindakan menghalang pembinaan dan penggunaan masjid itu bercanggah dengan hak
penduduk untuk mengamalkan ajaran agama mereka.
Beliau
kemudian mengarahkan pihak pentadbiran daerah supaya melakukan pemeriksaan dan
membenarkan masjid tersebut dibuka kepada orang ramai. - Agensi
No comments:
Post a Comment