LOS ANGELES:
John Miner, bekas pendakwa raya yang menyiasat kes kematian Marilyn Monroe pada
1962 yang tetap menyatakan bintang lagenda itu dibunuh, sudah meninggal dunia
ketika usia 92 tahun.
Seorang penerbit filem, Keya Morgan, yang menemubual Miner beberapa kali sebelum ini bagi filemnnya mengenai Monroe, memberitahu AFP bahawa Miner meninggal dunia pada 25 Februari lali di sebuah hospital di Los Angeles. “Dia adalah seorang penyiasat paling hebat dalam sejarah Los Angeles. Saya tidak fikir dia sebenarnya seorang penyiasat yang begitu terkenal," kata Morgan.
Miner juga terbabit dalam penyiasatan ke pembunuhan Robert F, Kennedy pada 1968 dan beberapa kes pembunuhan bersiri oleh keluarga Charles Manson.
Pada 2005, Miner mendedahkan kandungan beberapa pita rakaman yang dibuat Monroe terhadap ahli psikologinya, Ralph Greenson.
Doktor berkenaan membenarkan Miner mendengar pita rakaman itu untuk membantu penyiasatannya pada 1962 dengan syarat dia merahsiakan kandungan itu.
Namun Miner tetap dengan kenyataannya bahawa tiada bukti menunjukkan aktres terkenal itu membunuh diri tetapi kematiannya lebih kepada satu tindakan pembunuhan. - AFP
No comments:
Post a Comment