Pages

Sunday, 15 July 2012

Peranan atau tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak di bulan Ramadhan




Salah satu rahmat Allah SWT kepada umat Islam ialah Dia memberi nikmat berpuasa dan membantu mereka mendirikan solat pada malamnya. Dia menggandakan pahala amalan baik dan meninggikan darjat mereka yang beramal soleh serta membebaskan penghuni neraka daripada azab-Nya.


Umat Islam hendaklah berusaha beramal sebanyak mungkin dan mengambil peluang daripada keberkatan dibawa bulan ini. Mereka hendaklah mengisi masa dengan melakukan amal ibadat kepada Allah. Berapa ramai berpeluang menghayati bulan ini kerana sakit, meninggal dunia atau kafir.


Dalam kesibukan beribadat, ibu bapa hendaklah menjalankan tanggungjawab terhadap anak seperti biasa kerana itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Mereka mestilah dibesarkan dengan baik dan betul serta diberi pendidikan. 



Berilah galakkan kepada mereka untuk membuat kebaikan dan membiasakan dengan amalan soleh kerana anak akan membesar mengikut apa yang dibiasakan oleh ibu bapa.


Antara perkara yang perlu dilakukan kepada ibu bapa semasa bulan Ramadan ialah menggalakkan mereka yang kurang gemar berpuasa supaya cenderung melaksanakan kewajipan itu.


Kedua, mengingatkan mereka hakikat berpuasa bukan semata-mata menahan daripada makan dan minum juga sebagai cara mendapatkan ketakwaan dan menebus segala dosa.


Diriwayatkan at-Tirmizi, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Amin, Amin, Amin. Maka sahabat bertanya baginda: Wahai Rasulullah, kenapa engkau berkata begitu? Baginda menjawab: Jibril berkata kepadaku: Semoga Allah menghina orang yang apabila Ramadan tiba, dosanya tidak terampun dan aku berkata: Amin. Kemudian Jibril berkata lagi: Semoga Allah menghina orang yang hidup dan melihat ibu bapanya sudah tua, salah seorang atau kedua-duanya, tetapi dia tidak dapat masuk syurga, dan aku berkata: Amin. Kemudian dia berkata: Semoga Allah menghina orang yang apabila disebut namamu padanya dia tidak mengirimkan salam ke atas engkau. Dan aku berkata: Amin.” 


Ketiga, mengajar etika dan peraturan ketika makan seperti makan dengan tangan kanan, mengambil makanan yang paling hampir serta mengingatkan mereka pembaziran itu haram. 


Keempat, tidak membiarkan mereka makan banyak selepas berbuka sehingga terlepas solat maghrib berjemaah.


Kelima, mengadakan pertemuan bagi menghimpunkan saudara mara dan mengeratkan persaudaraan. Amalan ini masih diraikan kerana Ramadan menjadi kesempatan memperbaiki hubungan terputus antara sanak saudara.


Keenam, mengingatkan mereka kedudukan orang miskin yang tidak memiliki sesuap nasi untuk dimakan bagi menghilangkan seksa lapar dan menceritakan orang yang berhijrah atau berjihad pada jalan Allah di merata tempat.





No comments:

Post a Comment