TAHUKAH anda
satu daripada tujuh orang dewasa di Malaysia menderita penyakit diabetes?
Selain itu, 60 hingga 70 peratus penghidap diabetes mengalami pelbagai bentuk
kerosakan saraf? Ini diburukkan lagi oleh fakta ini: Adakah anda menyedari
risiko pemotongan anggota adalah 27.7 kali ganda lebih besar bagi mereka yang
menghidap diabetes dan 50 peratus daripada semua kes pemotongan anggota berlaku
pada mereka yang berpenyakit diabetes?
Paling
menakutkan ialah ramai tidak mengetahui mereka menghidapi pradiabetes.
Pradiabetes berlaku apabila paras gula darah meningkat lebih tinggi daripada
biasa tetapi tidak cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai diabetes. Mereka
yang mengalami pradiabetes bukan sahaja menghadapi risiko tinggi untuk
menderita diabetes, bahkan berhadapan risiko serangan jantung, strok, kegagalan
buah pinggang, kebutaan dan kerosakan saraf.
Pradiabetes
dan diabetesPradiabetes dan diabetes jenis II lazimnya bermula dengan
penentangan insulin. Para penyelidik kini mengetahui diabetes bukan tiba-tiba
muncul tanpa sebarang sebab. Sebelum didiagnosis menghidap diabetes, anda
lazimnya mengalami pradiabetes. Cara terbaik memerangi diabetes di peringkat
pradiabetes adalah dengan melakukan kegiatan fizikal selama 30 minit setiap
hari, makan makanan sihat serta mengambil suplemen kesihatan tertentu, yang
boleh mengurangkan secara mendadak risiko menghidapi diabetes jenis II.
Paras gula
darah (glukosa) dalam badan kita dikawal oleh insulin - sejenis hormon yang diolah
di dalam organ pankreas. Insulin membantu mengangkut glukosa daripada darah
melalui membran sel dan memasukkannya ke dalam sel badan. Selagi membran sel
terus sensitif terhadap insulin, pengangkutan berulang-alik glukosa ke dalam
sel akan berlaku dengan cepat dan licin. Sebaliknya, apabila membran sel ini
menjadi tidak sensitif terhadap insulin (penentangan insulin), maka pankreas
terpaksa mengepam keluar lebih banyak insulin untuk memaksa glukosa memasuki
sel. Apabila usaha ini tidak begitu berkesan, akibatnya terdapat paras gula
yang tinggi beredar dalam darah (pradiabetes). Lama-kelamaan, pankreas tidak
berupaya lagi mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk mengawal gula darah;
maka diabetes jenis II akan menular.
Kerosakan saraf
Jika anda
mempunyai paras gula darah yang tinggi seperti dalam keadaan pradiabetes atau
diabetes, kemungkinan besar anda sudah mengalami beberapa bentuk kesakitan atau
kerosakan saraf yang dikenali sebagai neuropati diabetes yang akan menjejaskan
saraf di jari kaki, kaki, paha, tangan dan lengan. Denyutan, kekebasan, rasa
kepanasan dan kehilangan deria rasa, antara tanda-tanda biasa neuropati
diabetes atau kerosakan saraf.
Pemeriksaan
berkalaWalaupun anda menganggap diri tidak berisiko, pakar menasihatkan mereka
yang berumur lebih 35 tahun supaya menjalani pemeriksaan paras gula darah
setiap tahun.
Mecobalamin
- Vitamin B12 Walaupun pemeriksaan berkala dan ujian gula darah itu penting,
anda juga wajar mengambil mecobalamin, bentuk Vitamin B12 yang aktif, bagi
membantu mewujudkan saraf yang sihat serta melindungi daripada proses
kemerosotan sistem saraf.
No comments:
Post a Comment