PUASA menjadikan seseorang itu lebih kuat psikologinya
apabila berjaya menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang
membatalkan puasa.
PUASA tidak hanya sekadar menahan diri daripada makan dan
minum, tetapi puasa juga merupakan ujian psikologikal untuk manusia.
Setiap kali menjelang bulan Ramadan, banyak daripada kita
mula menanam tekad dan azam baharu. Banyak daripada kita mula meningkatkan
amalan baik dan mengurangkan tabiat tidak elok yang biasanya dilakukan pada
bulan-bulan lain.
Kalau sebelum ini ada yang jarang ke masjid, pada bulan
Ramadan semua daripada kita mula mendekatkan diri bersama jemaah yang lain. Ada
yang tidak mampu berhenti merokok, tetapi sebaik sahaja berpuasa, semua tabiat
itu dapat ditinggalkan.
No comments:
Post a Comment