Face mampu memaparkan pelbagai emosi.
ROM -
Saintis Universiti Pisa, Itali mencipta sebuah robot digelar Face yang boleh
memaparkan pelbagai ekspresi emosi manusia.
Projek mengambil masa 30 tahun itu mengecap kejayaan dengan penggunaan 30 sistem motor untuk simulasi ungkapan yang berbeza bagi merealisasikan wajah robot lebih realistik.
Mereka menggunakan perisian hibrid untuk ekspresi sintesis muka, bagi keupayaan meniru jawapan emosi yang dipaparkan.
Perisian itu juga boleh memaparkan gabungan ekspresi seperti senyuman diwarnai dengan kesedihan atau ketawa bercampur dengan gelisah.
Face mampu memaparkan pelbagai emosi.
Kemuncak
kejayaan itu disahihkan menerusi kajian kumpulan penyelidikan yang meminta 15
kanak-kanak autistik mengenal pasti ungkapan dilakukan oleh robot Face bersama
seorang pakar psikologi.
No comments:
Post a Comment