ANTARA detik Trash The Dress yang
pernah dirakamkan ialah aksi sepasang suami isteri saling menyimbah wain merah.
LONDON:
Walaupun kebanyakan wanita mahu memastikan pakaian pengantin mereka berada
dalam keadaan terbaik, sesetengah yang lain sengaja merosakkannya atas nama
seni.
Amalan aneh
dikenali sebagai Trash The Dress itu semakin popular di seluruh dunia, dengan
ramai wanita menempah jurugambar bagi merakamkan gaun pengantin mereka
dirosakkan. Tujuannya - mencipta imej kontras yang berkesan bagi mengiringi
keindahan gaun pengantin yang dipakai mereka. Hasil daripada kerja seni itu
memang dramatik.
Gambar yang tercipta juga seakan imej yang sering dipaparkan dalam majalah fesyen popular. Pelbagai lokasi dipilih untuk mengabadikan detik itu, termasuk pantai, tempat pembuangan sampah, bangunan tinggal dan jalan raya. Pengantin mungkin ditonjolkan dalam siri gambar yang pelbagai, atau jika tidak, hanya menggunakan satu gambar. Biasanya, apa yang diingini pengantin perempuan hanyalah imej yang unik dan luar biasa untuk menghiasi dinding rumah mereka. Satu rencana mengenai kecenderungan itu terbitan Persatuan Wartawan Perkahwinan menyatakan, gambar begitu turut digemari pengantin lelaki. Menurut penulisnya, pasangan pengantin mahu majlis perkahwinan mereka dikenang melalui gambar yang istimewa.
SEMAKIN ramai pengantin sengaja
memusnahkan pakaian mahal mereka untuk mendapatkan gambar menarik.
“Mereka mahu
detik spontan dirakam dan pada masa sama, pasangan terbabit juga mahu jurugambar
yang mampu menghasilkan imej kreatif dalam sesi bergambar,” kata penulis
rencana itu.
Disebabkan keinginan itu, kata rencana berkenaan, pasangan pengantin di seluruh dunia memakai gaun perkahwinan mereka untuk memasuki gua, berjalan di taman hiburan terbiar, merayau di ladang jagung atau meredah hutan.
Imej pengantin yang disimbah wain merah, misalnya, dirakam jurugambar Jeff Cooke, baru-baru ini.
Kata Cooke,
pasangan itu hanya dikenali sebagai Bri dan Greg mengatur sesi fotografi bagi
memperingati ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Satu lagi imej dirakam
Cooke menunjukkan seorang wanita mengecat gaunnya dengan warna hitam. Seperti
dapat disaksikan pada gambar itu, wujud “keghairahan, tenaga dan emosi” ketika
aksi itu dirakamkan. Sebagai bukti amalan berkenaan begitu popular, majlis
besar-besaran Trash The Dress pernah diadakan di Belanda pada September 2009
dengan lebih 150 wanita menyertainya. - DM
Fuh siap terbakor le pulak ek.. omputih memang sporting bab2 mcm ni.. kalau buat kat Malaysia, habis kena cemuh.. hehe..
ReplyDeletea ah..sebab tak sesuai dgn budaya kita la..tak semua budaya barat kita boleh ikut..klu buat cam nie mesti membazir kan..:-)
Delete