KAHERAH -
Pihak berkuasa agama di kebanyakan negara Arab dan Timur Tengah mengisytiharkan
bulan suci Ramadan bermula hari ini.
Kenyataan rasmi dikeluarkan semalam di Mesir, Arab Saudi, Lebanon, Jordan, Qatar, Libya dan Yemen mengumumkan bahawa umat Islam di negara masing-masing berpuasa mulai hari ini.
Indonesia, negara yang paling ramai penduduk beragama Islam, akan berpuasa mulai esok.
Di beberapa negara Arab, bulan Ramadan bermula dengan pemilihan ketua kerajaan dan negara yang baru, khususnya di Mesir dan Libya.
Mesir dan Libya yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat tahun lalu, kali ini mengalu-alukan kedatangan Ramadan dengan kepimpinan baru.
Di Syria pula, rakyat negara itu menyambut kedatangan Ramadan dengan konflik yang berterusan dan laporan media menyebut ia kini dilanda 'perang saudara'.
Semalam, Presiden Mesir yang baru, Mohammed Morsi menggunakan kesempatan kedatangan bulan Ramadan untuk mengampunkan 572 orang awam yang dikenakan hukuman oleh tribunal tentera.
No comments:
Post a Comment