SEPOTONG roti bakar yang dilelong
pada harga RM1,131.
LONDON -
Sepotong roti bakar yang dipercayai dihidangkan pada 1981 untuk pewaris pertama
takhta diraja Britain, Putera Charles dilelong kelmarin pada harga AS$359
(RM1,131), lapor agensi berita Reuters kelmarin.
Roti itu
dihidangkan untuk sarapan pagi di Istana Buckingham pada hari perkahwinan
Charles dengan Puteri Diana pada 29 Julai 1981.
Pemilik roti
itu sebelum ia dilelong ialah Rosemarie Smith yang kini berusia 83 tahun.
Roti itu
tidak rosak kerana dia menyimpannya selama bertahun-tahun di dalam bekas kedap
udara di sebuah almari rumahnya.
Menurut
Smith, seorang anak perempuannya bekerja sebagai pelayan di istana tersebut.
Smith
berkata, dia dan anaknya melihat Charles meninggalkan roti tersebut dari
koridor istana.
Menurutnya,
dia kemudian memikirkan untuk menyimpan roti tersebut.
Smith
berkata, pada tahun lalu, dia berpendapat roti tersebut mungkin mempunyai nilai
jika dilelong ekoran majlis perkahwinan antara anak Charles, Putera William
dengan Kate Middleton pada April tahun lalu.
Lelongan itu
dikendalikan oleh Charles Hanson Auctioneers.
Terdapat dua
pembida yang mahu membeli roti tersebut menerusi telefon. - Agensi
No comments:
Post a Comment