Pages

Monday, 16 July 2012

Soyuz berlepas ke stesen angkasa























Angkasawan melambai tangan sebelum berlepas ke angkasa.


Kazakhstan - Kapsul angkasa lepas Russia, Soyuz berlepas semalam dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, dengan membawa tiga angkasawan menuju stesen angkasa lepas antarabangsa.

 
Tujuan misi ini bagi menguji program ruang udara Rusia dalam merealisasikan hasrat Agensi Angkasa Kebangsaan Rusia (Roscosmos) bagi rancangan ‘penerbangan angkasa’ yang memberi peluang kepada orang ramai untuk sampai ke bulan dan planet.


Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), Sunita Williams, Yury Malenchenko dari Russia dan Akihito Hoshide dari Jepun akan mengikuti perjalanan dua hari, sebelum bertemu tiga rakan mereka yang sudah berada di stesen utama.

No comments:

Post a Comment