Pages

Friday, 10 August 2012

Jepun tarik balik gelas McDonald


















Gelas percuma McDonald ini didakwa menyebabkan 78 pelanggan di Jepun cedera.


TOKYO - Restoran makanan segera terkenal, McDonald yang beroperasi di Jepun, kelmarin menarik balik gelas percuma bertemakan Sukan Olimpik London 2012 selepas menerima 130 aduan daripada pelanggan.


Jurucakap McDonald, Kazuyuki Hagiwara berkata, mereka turut menerima 78 aduan pelanggan cedera.


"Kebanyakan pengguna mengalami luka kerana gelas sumbing. Kami mendapati kesilapan semasa prosedur pembuatan gelas tersebut menjadi punca insiden ini berlaku," katanya.


Difahamkan, enam juta gelas percuma itu telah diberikan kepada pelanggan sejak Jun lalu.

No comments:

Post a Comment