Pages

Thursday, 9 August 2012

Pencabulan Masjid al-Aqsa semakin serius


















Pencabulan secara berterusan ke atas Masjid al-Aqsa dikhuatiri akan mencetuskan perang serantau.


BAITULMAQDIS - Mufti di Baitulmaqdis, Sheikh Mohammad Hussein memberi amaran keras akibat yang akan ditanggung oleh rejim Zionis sekiranya mereka meneruskan rancangan membahagikan Masjid al-Aqsa.


Menurut Sheikh Mohammad, jika agenda jahat Israel itu berjaya diteruskan, masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam tersebut akan menerima nasib sama seperti Masjid Ibrahimi di Hebron.


"Kebelakangan ini, beberapa pemimpin dan pihak berkuasa Israel telah menggesa pelan pembahagian itu dijalankan dengan segera, sekali gus tindakan biadab ini menunjukkan pencabulan serius ke atas Masjid al-Aqsa.


"Israel tetap dengan pendirian mereka untuk membuat perubahan drastik untuk merampas dan mengawal al-Aqsa.


"Jika pencabulan tersebut diteruskan, ia dikhuatiri akan mencetuskan perang serantau. Saya menggesa negara Islam dan rantau Arab bersatu untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa itu," tegasnya.


Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Israel, kelmarin menyokong dasar kerajaan rejim Zionis untuk menyekat kemasukan orang Islam yang mahu beribadat di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.


Jurucakap pihak berkuasa Israel menyatakan kononnya tindakan tersebut terpaksa diambil atas alasan keselamatan.

No comments:

Post a Comment