KEJU yang berusia 40 tahun.
MILWAUKEE,
Amerika Syarikat - Seketul keju cheddar yang berusia 40 tahun dijual sebanyak
AS$10 (RM31.13) untuk setiap 28.34 gram (g), lapor akhbar dalam talian MailOnline
kelmarin.
Keju itu
ditemui seorang peniaga keju di sini, Edward Zahn yang berusia 73 tahun.
Dia menemui
keju tersebut di dalam sebuah kotak kayu di dalam kedainya.
Zahn
kemudian menjual keju tersebut kepada seorang lagi peniaga keju, Ken McNulty di
sini.
Dia enggan
mendedahkan harga jualan itu.
Bagaimanapun,
McNulty kemudian membuat tawaran kepada orang ramai bahawa dia menjual keju
tersebut pada harga AS$10 untuk setiap 28.34g. - Agensi
No comments:
Post a Comment