GAMBAR yang disiarkan semalam
menunjukkan dua ekor spesies baharu burung hantu di Pulau Camiguin, Filipina.
MANILA -
Sekumpulan saintis dan pemerhati burung menemui 10 spesies baharu burung hantu
di Filipina dengan menggunakan peralatan canggih, kata beberapa pegawai
pemuliharaan kelmarin.
Menurut
Pengarah Lapangan Program Pemuliharaan Kepelbagaianbio Filipina, Lisa
Paguntalan, kebanyakan spesies baharu itu kemungkinan terancam kerana ia hanya
ditemui di Kepulauan Cebu dan Pulau Camiguin serta di kawasan hutan yang kecil.
"Bunyi
burung itu yang berbeza menyebabkan ia berlainan dengan spesies lain,"
katanya.
Penyelidikan
itu mengambil masa selama 10 tahun tetapi keputusan penemuan itu hanya
diumumkan kelmarin.
Kajian tersebut
melibatkan sekumpulan pemerhati burung dari Universiti Negeri Michigan, Amerika
Syarikat dan pakar-pakar burung.
Dua spesies
baharu itu ialah burung hantu Cebu dan burung hantu Camiguin.
Kedua-dua
haiwan itu berukuran kira-kira 20 hingga 30.5 sentimeter. - AFP
No comments:
Post a Comment