Pages

Wednesday, 30 January 2013

9 Cara Rawat Selulit





Selain dari tubuh yang berisi atau gemuk,selulit adalah antara satu lagi situasi yang paling tidak digemari wanita.Sebenarnya hampir kesemua wanita tidak kira gemuk atau kurus memiliki selulit.Lebih mengejutkan 90% wanita dewasa memiliki selulit.Selulit,tidak sesekali berkaitan dengan obesiti.Walaupun sukar untuk menghindarinya,namun masih terdapat cara untuk menguranginya. 






1 BANYAK MINUM AIR


Minumlah air putih antara enam hingga lapan gelas sehari bagi menyingkirkan setiap lebihan natirum yang menyebabkan kehilangan cairan di dalam tubuh.Jika bosan dengan air putih,cuba teh herba atau jus buah.Kadar cairan yang tinggi menjadikan kulit lebih lembut.






2 BERHENTI MEROKOK


Mahu hilangkan selulit?Cuba berhenti merokok.Selain dapat membantu menghilangkan selulit,dapat juga membuang tabiat buruk ini.Tabiat merokok sebenarnya,memburukkan selulit yang terdapat pada kulit kerana ia menghalang perjalanan zat ke kulit sehingga akhirnya menjejaskan kulit.





3 OLAHRAGA


Berat badan berlebihan akan lebih memburukkan selulit anda.Jika anda menggabungkan program latihan kardiovaskular bersama latihan untuk otot kaki,ia dapat membantu mengurangi selulit.






4 GOSOK TUBUH


Menggosok kulit membantu membuang sel-sel kulit mati,meransang perjalanan darah dan meningkatkan aliran limfatik anda.Hal ini dapat membantu mengurangkan selulit.Untuk hasil terbaik,gosok tubuh dua kali sehari setiap kali mandi.






5 LEMBAPKAN KULIT


Krim untuk selulit sudah semakin banyak di pasaran.Bagi memperolehi hasil yang maksimum,amalkan olahraga serta makan dan minum yang sihat.Gunakan pelembap kulit dua kali sehari juga dapat membantu kulit menjadi lebih mulus dan elastik.Amalkan setiap hari.






6 PERBANYAKKAN ASID LEMAK


Asid lemak perlu dapat membantu memperkuatkan tisu di sekitar lemak hingga membantu mengurangi selulit.Makanan yang kaya dengan asid lemak ini dapat membantu mengurangkan sel-sel lemak.Antara makanan yang mengandungi asid lemak esensial adalah minyak zaitun,minyak ikan,minyak biji beri hitam dan sebagainya.






7 BANYAKKAN MAKANAN BERPROTEIN


Protein dapat membantu kerana ia mengandungi albumin yang membantu menyerap lebihan cairan.Cuba makan tiga hidangan ikan,kacang-kacangan dan biji-bijian setiap hari bagi mendapatkan hasil terbaik dalam mengurangi selulit anda.






8 URUTAN


Menjalani rawatan urutan memberi pelbagai manfaat kepada anda.Ia dapat membantu mengurangi stress,meningkatkan perjalanan darah dan tidak kurang juga dapat membantu mengurangkan selulit.






9 KURANGI STRESS


Stress menyebabkan perubahan hormon yang dapat mempengaruhi kulit.Kortisol merupakan hormon stress yang boleh menyebabkan kulit semakin menipis dan meningkatkan penyimpanan lemak.Malah,ia juga melambatkan pengeluaran hormon untuk pertumbuhan kulit sihat. 


14 comments:

  1. tetarik nak komen sebab gambar...menarik hahaha...
    apa sebab wanita mempunyai selulit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wanita gemuk mudah mendapat selulit sebab terlalu banyak lemak..mudah terjadi regangan..sama juga dgn wanita yg dah bersalin..kadang2 wanita kurus pon ada selulit..ni mungkin disebabkan kerosakan pada sel2 kulit atau tak terbentuk dgn sempurna ataupon mempunyai penyakit kulit..

      Delete
  2. adehhh hehe selulit mencacatkan kulit .. tips berguna :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..memang nampak tak sempurna bila ada selulit..lebih baik mencegah dr dibiarkan melarat..:-)

      Delete
  3. SAYA BENCI SELULIT! waaaa..siap taip huruf besar wokeyy..haha..tp selulit tetap ade..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh guna losyen utk kurangkan selulit tu..:)

      Delete
  4. huhuu...saya pun byk gk selulit ni...
    kalau guna losyen memg bleh hilang ke

    ReplyDelete
  5. semua dah buat but still tak hilang,,macam makin betambah jek,,,badan kecik maybe faktor lain bende ni wujud,,huhhh,,ada tips lain tak

    ReplyDelete
  6. miss i nk tnye npe ye ble berat da kurang n bdan kurus ckit,,tp selulit tu plak nmpk makin jelas...

    ReplyDelete
  7. i got selulit sebab asyik menggaru. adakah tu faktor juga?

    ReplyDelete
  8. i got selulit sebab asyik menggaru. adakah tu faktor juga?

    ReplyDelete
  9. Nuranusazhrdn saya pon sama. Rase gatal n garu2 slalu pastu trus tmbuh selulit. Byk plk tu..stress rse..

    ReplyDelete
  10. Nuranusazhrdn saya pon sama. Rase gatal n garu2 slalu pastu trus tmbuh selulit. Byk plk tu..stress rse..

    ReplyDelete
  11. Sains Perubatan Telah menemui Cara baru Untuk pertempuran HIV AIDS DENGAN MENGGUNAKAN Seorang Lelaki bernama Dr Boadi !!
    NAMA SAYA Barbar Keltner. SAYA SAW A COMMENT ON BLOGS Positif DAN SAYA Akan LOVE TO TELL SETIAP BADAN CARA MY PERUBAHAN STATUS DENGAN Negatif dan SAYA Mendapat sembuh, dan AM Sekarang Saksi Hidup OF IT DAN SAYA RASA YANG Memalukan A ON ME JIKA SAYA TIDAK ovum INI LOVELY KISAH DENGAN ORANG LAIN dijangkiti DENGAN INI VIRUS BERBAHAYA. HIV TELAH Berterusan DALAM KELUARGA SAYA, SAYA HILANG KEDUA-DUA IBU BAPA DENGAN HIV. AND IT IS PAIN SO MUCH SAYA Masih TIDAK mampu Untuk Mengatasi .. Seperti Yang Kita SEDIA PERUBATAN TIDAK ADA Penyelesaian UNTUK IT..AND UBAT ADALAH SESEORANG SANGAT MAHAL .. SO memperkenalkan SAYA Kepada Seorang HERBAL pengamal DI AFRIKA .. SAYA MEMPUNYAI ADA KERJA UNTUK Menunaikan SO SAYA MENGAMBIL MASA UNTUK CHECK OUT ON HIM.I menunjukkan
    HIM SEMUA PEPERIKSAAN DAN KEPUTUSAN SAYA .. SAYA SUDAH teratur DENGAN HIV DAN TELAH TELAH MENGAMBIL TOLL ITS ON ME .. SAYA Telah membelanjakan Beribu-ribu dolar jadi SAYA memutuskan Untuk TRY HIM OUT WALAUPUN SAYA did'nt PERCAYA DALAM IT, SAYA WAS JUST CUBAAN IT kecewa kerana? DAN SELEPAS 14 HARI, beliau Memberitahu SAYA PERGI UNTUK PEPERIKSAAN PERUBATAN.
    DAN ANDA TIDAK PERCAYA Akan 5 DOCTORS BERBEZA DISAHKAN IT YANG AM NEGATIF ​​.. IT WAS LIKE DREAM A ,, SAYA JANGAN PERCAYA HIV HAS CURE..AM Sekarang Negatif ,, AM A WITNESS..I HIDUP TIDAK Tahu Bab bagaimana TERIMA MAN INI ? SAYA Hanya Mahu Membantu LAIN-LAIN DALAM APA CARA I CAN .. SAYA Telah menyertai Forum BANYAK DAN TELAH DISIARKAN INI Perakuan DAN BANYAK ORANG MEMPUNYAI MAIL DAN DIPANGGIL MAN INI PADA TELEFON DAN SELEPAS 14 HARI Mereka Semua DISAHKAN Negatif .. BBC NEWS MENGAMBIL IT LIVE DAN SEMUA ORANG SETIAP SAW IT DAN Sekarang ITS OUT IN KERTAS DAN MAJALAH YANG ADA CURE HERBA UNTUK HIV DAN SEMUA DENGAN Bantuan MAN INI ,, JIKA ANDA INGIN AMBIL IT OR NOT .. ALLAH MENGETAHUI SAYA Telah mencuba MY BEST. ABOUT 28 orang disahkan Negatif MELALUI CURE HERBA DARI DR HERBA Boadi CENTRE. DAN Acha HANTAR MEL KE THANKS ME SELEPAS Acha TELAH DISAHKAN Negatif ,, MAN INI REAL..DON'T MISS peluang-peluang INI ,, HIV virus maut ,, MENGHILANGKAN Sekarang .. JIKA ADA sesiapa Yang mempunyai sama Masalah dan Masih Mencari jalan Keluar , e-mel beliau Masih Kekal, (drboadiherbalcentre@yahoo.com) Atau hubungi Dia Atau whataspp dia di 2348156769001
    Terima kasih

    ReplyDelete