Pages

Tuesday, 22 January 2013

Cara-Cara Untuk Mengatasi Stress...





1. Pemakanan yang betul


Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.





2.Jangan membebankan diri


Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.






3.Berehat


Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.






4.Berinteraksi dengan keluarga dan rakan


Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

4 comments:

  1. klu stress je..mst nk mkn byk2 & sdap2..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada betul nya jugak..semua orang pernah buat camtu kot..termasuk saya..hehe...:-)

      Delete
  2. Bagi saya, pemakanan yang betul tu memang main peranan..kita zaman sekarang ni banyak sangat makanan yang merapu rapu...kalau tak boleh nak pastikan diet kita ni seimbang, memang kena ambil supplement untuk badan kita...

    Jemput ke blog saya ye http://mysweetyzara.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Klu kita stress mungkin ka kita kekurangan vitamin b

    ReplyDelete