Pages

Thursday, 24 January 2013

Keistimewaan yang diberi kepada Rasulullah s.a.w





Keistimewaan Nabi Muhammad yang tidak diberikan Nabi-nabi yang sebelumnya.


1. Nabi s.a.w diutuskan kepada semua manusia dan jin.Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)


2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah)kepada Nabi s.a.w sedangkan tidak dihalalkan bagi Manusia-manusia sebelum Nabi.(Hr Bukhari)


3. Semua tanah dan tempat dimuka bumi ini boleh dijadikan tempat sembahyang. (HBukhari) Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak solat melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)


4. Nabi diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)


5. Nabi s.a.w diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)


6. Nabi s.a.w diberikan "jawamiul kalim". (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.


7. Nabi s.a.w penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)


8. Diberikan Nabi s.a.w ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung dibawah arasy. (Hr an-Nisaei)


9. Nabi s.a.w diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)


10. Orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)


11. Ummatnya adalah sebaik-baik Ummat. (Hr Ahmad)


12. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)


13. Diberikan al-Kauthar. (Hr al-Bazzar)


14. Mula-mula syaitan yang bersama Nabi adalah kafir. kemudian Allah membantu Nabi s.a.w dengan Islamnya syaitan tersebut.


15. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad s.a.w seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)



6 comments:

  1. itulah untungnya kita menjadi umat Rasulullah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..bersyukur sebab menjadi umatnya yg banyak kelebihan..semogak kita semua mengamalkan semua ajarannya..:-)

      Delete
  2. Alhamdulillah Kita Org Islam.
    Alhamdulillah Nama Ku Juga seperti Nama Nabi Muhammad. :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah utk semuanya..semoga kita menjadi umat yg terbaik dan soleh/solehah..:-)

    ReplyDelete
  4. semoga kita menjadi umat yang tidak menyelisihi rosululloh.. sami'na wa atho'na

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah..istiqamah dlm semua amalan yg baik..:-)

      Delete