Pages

Friday, 4 January 2013

Mengatasi masalah mulut berbau





Bau mulut yang kurang enak mengundang masalah untuk kita bercakap ataupun beramah mesra. Apatah lagi jika kerja kita memerlukan berinteraksi dekat dengan seseorang.


Bagi mereka yang sudah berkahwin juga selalu mengalami masalah mulut berbau namun tidak tahu bagaimana cara untuk menghilangkan masalah tersebut. 


Antara punca yang menyebabkan mulut berbau adalah faktor merokok, ataupun kita sendiri tidak sedar ada gigi rosak ataupun berlubang yang membawa kepada pembiakan bakteria seterusnya menyebabkan mulut berbau. 


Ikuti petua-petua ini untuk menyah bau mulut secara total. 






Mengunyah setangkai bunga cengkih setiap hari


Mungkin cara ini tidak ramai yang berani cuba, tapi jika sudah tidak tahan dengan bau mulut sendiri apa kata anda cuba untuk kesenangan orang sekeliling juga. 






Kumuh dengan air garam


Sedia maklum di dalam mulut terdapat banyak kuman yang membiak, dengan menggosok gigi setiap hari masih tidak mampu menyah bakteria secara total yang ada di dalam mulut. Oleh itu apa kata anda cuba petua ini, selepas makan kumuh dengan air yang dicampur sedikit garam. Ulang proses yang sama sebanyak tiga kali. Buat proses ini seminggu dalam tiga kali. 






Kunyah sedikit beras yang telah dibersihkan


Ini adalah petua yang diturunkan dari nenek moyang kita. Ambil beberapa butir beras yang telah dibasuh dan kunyah hingga lumat di dalam mulut. Proses ini adalah paling ringkas dan mudah.


Selamat mencuba!

1 comment: