Pages

Thursday, 24 January 2013

Perkahwinan tidak lama jika ragu-ragu





California: Hampir seorang setiap lima wanita yang ragu-ragu untuk berkahwin menjelang hari pernikahan mereka biasanya akan bercerai empat tahun kemudian, menurut satu kajian. 


Meskipun ada laporan mengatakan sebaliknya, penyelidikan baru mendedahkan pengantin baru yang was-was untuk mendirikan rumah tangga didapati menghadapi dua setengah kali kemungkinan untuk berpisah beberapa tahun kemudian. 


Penyelidik mengkaji 464 pengantin baru dalam tempoh beberapa bulan perkahwinan dan menjalankan kaji selidik susulan setiap enam bulan sekali hingga empat tahun. 


Mereka mendapati, purata usia ketika perkahwinan itu ialah 27 tahun bagi lelaki dan 25 bagi wanita. 


Ragu petanda awal cerai 


Apabila ditanya sama ada mereka pernah meragui atau berat hati untuk berkahwin pada wawancara pertama, 47 peratus suami dan 38 peratus isteri berkata ya. 


Meskipun tidak rasmi wanita daripada lelaki yang ada keraguan, penyelidik di Universiti California, Los Angeles, mendapati keraguan itu sebenarnya menjadi petanda bahawa perkahwinan berkenaan akan menghadapi masalah tidak lama selepas itu. 


Di kalangan wanita, 19 peratus daripada mereka yang memberitahu bahawa mereka ada rasa was-was bercerai empat tahun kemudian, berbanding lapan peratus yang tidak ada perasaan itu, lapor Journal of Family Psychology. 


Bagi lelaki, 14 peratus yang mengakui keberatan, berpisah empat tahun kemudian, berbanding sembilan peratus bagi yang tidak ada perasaan itu. 


Seorang penyelidik, Justin Lavner berkata: “Ada yang menganggap semua orang ada perasaan itu tetapi tidak perlu risau. Kami dapati, ia sesuatu yang biasa. 


“Wanita baru kahwin yang meragui perkahwinan mereka juga berkemungkinan dua kali ganda dan setengah berpisah empat tahun selepas itu daripada yang tidak berperasaan begitu.” -Agensi

No comments:

Post a Comment