Pages

Friday, 4 January 2013

Salamworld cabar Facebook, Twitter














Web Salamworld sedang bersaing dengan laman sosial yang lain. - Foto Agensi 


Jakarta: Laman web sosial yang berunsur Islam akan dilancarkan di Indonesia pada November depan dengan menawarkan perlindungan kepada remaja Islam daripada kandungan bercanggah dengan agama. 


Versi Beta laman web Salamworld kini diuji oleh kira-kira 1,000 pengguna di seluruh dunia. 


“Salamworld ialah landasan rangkaian sosial global yang dibina mengikut nilai Islam bertujuan menunjukkan penyatuan umat Islam di seluruh dunia. 


Rangkaian sosial ini akan menghapuskan tembok antara orang Islam. Insya-Allah, menjelang November ini kami akan melancarkannya secara global,” kata pengurus jenama Salamworld, Erol Toksoy, dalam sidang akhbar, seperti dipetik agensi berita Antara, Isnin lalu. 


Ketika rangkaian sosial global lain seperti Facebook dan Twitter memberi tumpuan kepada individu dengan profil peribadi, Salamworld akan mewakili kiriman berdasarkan kumpulan berkepentingan seperti arkitek, kereta, lukisan dan perniagaan. 


“Pengguna tidak perlu membuang masa melihat kandungan yang mereka tidak mahu lihat, kerana pengguna boleh memilih mengikut minat mereka. Kami tidak mahu menggantikan Facebook, tetapi mahu mempersembahkan sesuatu yang baru,” kata Erol. 


Salamworld akan membenarkan pengguna berkongsi idea, peluang perniagaan atau sekadar membantu mereka yang mencari rakan. - Agensi

No comments:

Post a Comment