Pages

Thursday, 31 January 2013

Surah Untuk Penawar Sihir Dan Penyakit Aneh




SEJAK kecil, kita didedahkan kegunaan air sebagai penawar pelbagai jenis penyakit. Ada yang mengambil air yang dibacakan surah Yassin untuk menerang hati manakala ibu bersalin digalak minum air selusuh bagi memudahkan proses kelahiran.


Menurut Kitab Mukhtasar Fi Ma’ni Isma’Allah Al Husni, diriwayatkan bahawa Abi Al-Qaasim Al-Qusyairi pernah menghadapi kesusahan sebab anaknya sakit tenat. 


Suatu malam, dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW lalu mengadu hal itu. 


Rasulullah bertanya: “Tidakkah engkau mempergunakan ayat Asy-Syifaa?” Al-Qusyairi tersedar lalu dicarinya ayat itu dalam al-Quran. 


Al-Qusyairi menuliskan ayat itu pada kertas dan dibasuhnya dengan air lalu diberi minum kepada anaknya. Dengan izin Allah, penyakit anaknya sembuh. 


Dari sudut saintifik, saintis Eropah dan Jepun mendapati air adalah satu elemen yang hidup kerana ia mampu merakam gema, perasaan serta bacaan terhadapnya. 


Ini dibuktikan dengan gambaran molekul air yang berubah bentuk bergantung kepada interaksinya dengan keadaan luaran. 






Apabila dibacakan sesuatu yang baik, seperti ayat al-Quran, molekul air bertukar kepada bentuk kristal yang bersinar serta bercahaya. Dan, begitu juga sebaliknya. 


Allah berfirman, “Wahai manusia, sesungguhnya datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu (iaitu Quran) dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada.” (Surah Yunus: 57). 


Doa yang dibacakan pada air boleh dijadikan amalan harian untuk mencari penawar dan mencapai hajat tententu, antaranya:-

-Surah al-Fatihah (penyembuh keracunan), 

-Surah al-Syarh (menghilangkan kesulitan dan bebanan),  

-Surah al-Qadr (pembuka minda dan menerangkan mata), 

-Surah al-Kafirun (menghindar hasutan Iblis dan makhluk halus),

-Surah al-Ikhlas (menjauhi mata-mata jahat), 

-Surah al-Falaq (penyembuh penyakit siang dan malam),  

-Surah al-Nas (menjauhi gangguan jin), 

-Surah al-Isra’: 28 (penghadang dan pembimbing), 

-Surah at-Taubah:128(menghilangkan sebarang sakit), 

-Ayat Kursi (menghindar gangguan makhluk halus),

-Surah al-Baqarah (terselamat dari bencana dan bahaya),  

-Surah Israil (penawar segala jenis kesakitan),  

-Surah as-Shafat (sentiasa sihat), 

-Surah Ali-Imran (terpelihara dari segala penyakit dan gangguan jin), 

-Bacaan istighfar (pengampunan dan penyembuh serta doa penyembuh angin ahmar), 

-khatamul al-Quran untuk (penyembuh penyakit zahir dan batin).




9 comments:

  1. Info yg menarik dan berguna... Insyallah kita amalkan....

    Ayat ayat ruqyah pun bagus didengari

    ReplyDelete
  2. thaks for sharing...jom kita amalkan surah2 tu.....

    ReplyDelete
  3. Nice sharing..sama-sama kita amalkan yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..sama2 kita semua amalkan..perlu istiqamah tau..:-)

      Delete
  4. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. 6 Video Dedah 7 rahsia atasi sihir dalam masa 3 hari

    http://gelmandianbidara.com/

    ReplyDelete