Dalam sebuah
hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa
yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12
tindakan yang merbahaya ke atasnya.
Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
- Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
- Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
- Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
- Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
- Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
- Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
- Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
- Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
- Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
- Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
- Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
- Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.
Solat tiang agama.. Mana yang tak pandai bersolat boleh belajar slow2 mana yang tahu solat marilah mengerjakannya bersama2.. biar terpaksa lama2 nanti mesti terbiasa :) Moga kita semua sentiasa menjaga solat.. Terimas Seribu Pilihan kongsi pasal nie.. mengingati aida juga.. Moga Allah membalas jasa seribu pilihan :)
ReplyDeleteperingatan utk semua..seribupilihan sayang semua saudara islam..sama2..:-)
Deleteterima kasih sb aling ingat mengingati cm ni :_)
ReplyDeletesama2..ingat mengingati tu amalan baik..:-)
Deleteperingatan yang sangat berguna bagi semua... nice sharing dear...sorry lambat datang...semalam sibuk sikit...
ReplyDeletebetul tu..takpe..saya faham kak farah..:-)
DeletePeringatan buat diri ini dan semua.. Tq sharing ya..
ReplyDeletesama2..peringatan utk semua..:-)
DeleteNauzubillah. tq ingatkan saya. :)
ReplyDeletesama2..:-)
Deleteentri yg best...saling mengingati...:)
ReplyDeletethanks..:-)
Deletesaling ingt mengingati
ReplyDeletebetul tu..:-)
Delete