Pada suatu hari Rasulullah SAW berbicara dengan seorang
lelaki dari desa. Beliau SAW menceritakan bahawa ada seorang lelaki penghuni
syurga meminta kepada Allah untuk bercucuk tanam, kemudian Allah bertanya
kepadanya bukankah Allah telah berikan semua perkara yang diperlukan?
Lelaki itu mengakui, tetapi dia suka bercucuk tanam. Lalu dia
menabur biji benih. Tanaman itu langsung tumbuh. Kesemuanya sama. Setelah itu
dia menuainya. Hasilnya dapat setinggi gunung.
Allah berfirman kepadanya, "Wahai anak Adam, ia tidak
mengenyangkan perut kamu"."Demi Allah, orang itu adalah orang Quraisy
atau pun Ansar kerana mereka dari golongan petani. Kami bukan dari golongan
petani", kata orang Badui itu. Rasulullah SAW tertawa mendengar kata-kata
orang badui itu.
seronok layan entri ni di tengah malam... ^_^
ReplyDelete;-)
Deleteindahnya kehidupan di syurga. :)
ReplyDeletebetul tu..:-)
Deletekehidupan di syurga tidak dapat digambarkan dengan apa2 gambaran pon betapa indah nya kehidupan di sana..:)
ReplyDeletebetul tu..semoga kita menjadi salah satu ahlinya..:-)
Delete