Pages

Friday, 15 February 2013

Kisah Berkat di Sebalik Membaca Bismillah




Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. 


Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.


Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.



Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." 





Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. 


Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.


Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." 


Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." 


Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.


Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.


p/s: Allah S.W.T sentiasa menolong hambanya yang taat pada suruhanNya…

24 comments:

  1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

    ReplyDelete
  2. cerita ni dapat sumber daripada mana ya? hadith? buah mulut? tertanya2 jugak apa hukumnya mpercayai ssuatu cerita yg kita tak tahu asal sumbernya walaupun cerita tu mbawa kebaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita nie pernah dicerita kan oleh seorang ustazah yg mengajar saya..mungkin berkait dgn zaman rasulullah atau para sahabatnya..klu nak tau lebih lg sila beli buku agama kisah2 nabi,sahabat dan kehidupan kaum sezamannya...

      Delete
  3. cerita yang bagus untuk dikongsikan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..semoga kita mengambil pengajaran dr cerita ini..:-)

      Delete
  4. nice dear =)

    follow sini juga.
    thanks follow me ^^

    ReplyDelete
  5. kebesaran Allah tidak boleh dicabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pengajarannya..jgn cuba mempermainkan islam..:-)

      Delete
  6. jika kita sentiasa ingat Allah , Allah sentiasa ada dengan kita :)
    nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..allah sgt menyayangi hamba2 Nya yg taat perintahNya..:-)

      Delete
  7. biasanya perkataan yang senang diucapkan inilah manusia selalu terlupa untuk mengucapnya acap kali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..banyak kelebihan bila kita mengucapkan alhamdulillah tiap2 kali melakukan sesuatu pekerjaan..:-)

      Delete
  8. pernah jugak dgr kisah ni dulu., tp dah tak ingat kat mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita nie selalu diceritakan ustaz/ustazah masa sekolah rendah dlm siri kisah2 nabi dan sezamannya..tp ada juga ceritanya versi lain..tp moral of the story tetap sama..:-)

      Delete
  9. nampak senang tp kadang2 pernah terlupa baca. :(

    ReplyDelete